Showing posts with label T-PATRIOTIK. Show all posts
Showing posts with label T-PATRIOTIK. Show all posts

Sunday, April 5, 2009

MENITI JALAN KEHIDUPAN - DARI JIWA ANAK MERDEKA - Jais Sahok



anak-anak nelayan girang menyanyi
berdayung secekal jiwa
akal saksama
bijaksana di hujung pengalaman
anak-anak petani datang bertingkah
berdansa di bumi sendiri
menyusuri perjuangan
di sungai hati
dan laut kehidupan
inilah limpahan Ilahi
bahagian kami


di hati rindu mereka, terukir impian
di hati rindu mereka, abadilah cita-cita murni
di hati rindu mereka, bersenandung lagu kemerdekaan

di hati rindu mereka, perkasa jiwa bangsa
merangkak meniti aksara
mencongak huruf dan angka
memaknakan kewujudan impian

wahai anak-anak kami
ini rumah kita
tiangnya kebebasan
pancangnya daulat bumi warisan

bumbungnya rasa bahagia
Tuhan bersama-sama kita

wahai anak-anak kami
halaman luas tempat bermain

sebening embun dini hari
nanti nak,
kita akan berdiri sama tinggi

dan pesan-nenek tua
tika mati kita tinggalkan nama

episod yang paling payah ini
kata-kata pujangga ingkar bicara
khazanah moyang enggan bicara
lidah pujangga bangsa rantai berbisa
suara mereka bagai halilintar
menyambar dan membakar

malapetaka apakah yang melanda
guruh tiba-tiba, dari langit tak berawan
hujan darah menyerap, ke dalam sanubari
the royalist masuk muara
melagukan takhta
bergetar bersama suara hujung senjata,

rebut penjajah membawa angkara
sengketa berpesta
tiga bersaudara meluang rasa
mengorbankan watan berhati waja
di tanah ibunda kita mereka berdansa

mencipta nama dalam tamadun mereka
di sini bumi bertuah
budi ditabur, agenda dihulur
janji-janji manis berbunga di bibir
lidah bangsa itu racun berbisa
seinci demi seinci tanah pusaka ini dijajah

susah payah Sharif Masahor membina benteng
perit jerih Libau. Rentap meratap
menjulang parang ilang
Temenggong Lawai Jau
bersilat panglima
dan Rosli Dhobi tewas di tali gantung

di sini darah telah tumpah
di sini darahakan tumpah
di sini hati sudah enggan gundah
di sini perjuangan membara
tidak akan kubiar walau seinci
tanah kami tumpah lagi
ke tanganmu yang datang tak diundang
empat belas langkahku tegak
meniti anyaman jalur merah putihmu berkibar

meniti peristiwa-peristiwa sejarahmu gemilang
membangkitkan nostalgia paradigmamu sebuah bangsa,

betapa bangsa ini pernah gagah di persada
pernah sejahtera mengharung samudera
pernah memperantara gergasi ekonomi dunia
dan paling beruntung
gemerlap, permata
menyilaukan revolusi industri sebelah sana

untuk menjajah
mengaut khazanah bumimu
pulanglah kekayaan itu ke rumah mereka


maka menangislah hant tuah, seorang panglima
bercandalah penca tari jebat, seorang sahabat
si panglima dikeji derhaka
dan menangislah santubong dan sijinjang

menatap puteri gunung ledang kebingungan
mencari jalur ternama

empat belas langkahku tegak
meniti jalur merah putihmu
tunku abdul rahmah bapa sejarahnya

abdul razak hussain bapa pembangunan
hussain onn merelakannya
mahathir mohamad membangkitkannya

melayu berdilema
melayu mudah lupa
lalu kita hendak ke mana
andai berlayar di samudera impian

empat belas langkahku tegak
seruan bergema
jalurmu bertatah permata

jalurmu berkilau kemegahan
jalurmu semarak semangat
jalurmu bersepuh impian
jalurmu bersulam kejayaan
jalurmu bertiang pembangunan
jalurmu bertindik teknologi
bangsamu terus maju
jalurmu melambai bersama angin lalu

menggamitkan kemegahan
namamu gemilang
rasanubariku anak Malaysia

engkau menyeruku dengan suara hangat
mencipta lagu dari bukit-bukit perasaan
pada hamparan mega kaubuat istana cinta
dengan ruang-ruang dari kelembutan embun pagi
malam menjadi impian lestari
bintang kejora menyerahkan sinar

pada titis renyai beralaskan impian
mungkinkah kekal kebahagiaan tercipta
atau cuma bersandiwara di hujung pidato
kata-mengata

empat belas langkahku tegak
meniti j alurmu berkibar
mencari kebenaran
andai di sini peta mengukur

sejarah baru
inilah bumi tercinta
demokrasinya berparlimen

rajanya berperlembagaan
perlembagaannya berdaulat
empat belas langkahku tegak
keranamu, kami telah bersedia
keranamu, kami melangkah tegak
keranamu, kami berjalan tanpa tongkat
keranamu, kami menyuap dengan tangan sendiri

harapan kami, kau berkibarlah
kerana bukan sahaja semangat
malahan kepakaran dan kegigihan
yang ada pada kami
telah cukup untuk kami tumbangkan cabaran;
yang lalu dan mendatang

pemimpin negara, peneraju daulat beraja
keranamu, kami anak muda

binaan dasar pendidikan negara
sudah dan sentiasa bersedia
berjuang di medan ternama
taqwa, amanat, nasihat serta doa,
itulah tongkat panglima jalur gemilang
untuk meneruskan perjuangan yang masih
belum selesai
kami anak bangsa berdaulat

pernah roboh kota Melaka
berwajah sengketa
raja dan puteri gunung ledang
menadah kecelakaan bersama rimba yang kian usang

kini akan kami tegakkan dinding-dinding cinta
dan tapak perjuangan 400 tahun lamanya
berubah wajah sesingkat usia empat puluh lima

kita bikin tugu negara
kita bikin bangsa bahagia
kita bikin istana negara
kita cintai bahasa bangsa
dalam perlembagaan negara
atas rasa bahagia
inilah jalurmu gemilang

agar tidak luntur warna hati kita
agar tidak pudar semangat juang kita

agar tidak tergadai maruah bangsa
agar tidak binasa nama baik kita
agar tidak usang wajah kita
agar tidak songsang tandak dan tari kita

kita tegak bersama,
kita merdekakan hati kita, merdeka

kita merdekakan minda kita, merdeka
kita laungkan semangat kita, merdeka
kita tegak bersatu
merdeka, merdeka, merdeka



Jais Sahok
Petra Jaya
Ogos 2004

MEMBINA KOTA SETIA - Pharo Abdul Hakim



Kota ini telah lama
meniti waktu sendu
menatap ratap warga setia

mencari makna merdeka

Kota ini adalah payung
melindungi cita bangsa
yang mencari mentari pagi
yang mengejar bianglala di kaki langit

yang membangun kehidupan
berteraskan kecekalan

Kota ini adalah perakam
cerita raja kesepian cinta
cerita warga terpenjara jiwa
cerita mimpi tidak bertepi
lalu dibasahi bumi ini
dengan darah merah
muram pertiwi
menatap maruah terserah

Kota ini adalah saksi yang pasti
mencatat longgokan bukti
siapakah yang setia
mengagungi cinta nusa
siapakah petualang
menjual martabat bangsa

Ketika tamadun dibangun
api perang membakar kota
ketika pembangunan menjadi agenda

warga kota mendepani resah fauna
luka flora dan rapat rimba

ketika keyakinan dicerna
dendam membakar upaya

Kota ini telah lama
menyusur musim rentas duka
menjejak setiap mentafsir makna manusia

memperkasa budaya menjaya upaya
ini kota legenda
taman tempat bercinta
tempat puteri melukis peta

kota raja kota pusaka
kota tempat membina setia
kota memaknakan erti merdeka.




Pharo Abdul Hakim
Kuching
15 Januari 2002

KITA BINA SEGALANYA BERSAMA - Jaafar Hamdan



Bumi yang kita pijak dengan kudrat dan hasrat ini
adalah hamparan keramat daripada titisan keringat
nenek moyang kita yang berjuang menyekang perit
memayungi kemerdekaan menjulang peradaban
demi maruah dan harga diri sebagai Melayu sejati
agar nanti, anak cucunya tidak lagi mengemis
di tanahnya sendiri!

Sejarah itulah mendewasakan kita membina makna
dengan nilai sejagat yang semakin mendesak pesat
kehidupan yang terlaksana dari untaian-untaian harga sebuah
kemakmuran yang bertunjangkan
keutuhan ekonomi ligat menabur khidmat
buat masyarakat harmoni bersemangat kuat
menjana makna sebuah negara yang tercinta
Malaysia!

Lalu masa depan perlu kita pacakkan kemenangan
berlandaskan kematangan ilham merencana
ekonomi negara, ekonomi kita, bersama mengira
untung rata dirasa, nikmat sepakat diguna
kerana kita bina segalanya bersama
agar nanti tidak ada yang merana dan terseksa

di tanahnya sendiri, asal bijak mengerti
untuk apa berkorban berkali mengisi
ekonomi diri dengan rasa dan minda
demi diri, bangsa, agama dan negara!


Jaafar Haji Hamdan
Kuching, Sarawak.

CERITA KAMPUNG TERAKHIR - Hipani Alwi



Katanya kita bangunkan kampung dengan resah bersembah
kita wajahkan payah dari darah penjajah
kampung ini tidak pernah terbina dari kata-kata
hanya tersilap dasar sewaktu memeluk merdeka
kampung ini terbina dari belas manusia
memelihara keinginan tiba musim dingin
demi mengecap pembangunan dari seketul batu.

Dan kampung pun terbina di setiap tepian kali
dan kampung pun terbina di setiap muara sungai
dan kampung pun terbina di semua kaki bukit

dan ada kampung terpacak pada puncak gunung
dan ada kampung tersadai di tepian pantai
hanya yang terseksa
sebuah kampung di pinggir kota.


Katanya sekurun lalu kota terbina di pinggir kampung
sejak itu resah bertapak di tanah berdaulat
kota bertambah besar mencengkam sebuah hati

dan kampung katanya harus mati
bila kota tumbuh merata negeri.


Dan mulailah ada suara membela kampung
kampung itu peribumi tidak harus mati begitu
baik di tengah kota atau di pinggir-pinggir
kata kamus kampung itu kawasan kediaman
kata kamus kampung itu di luar bandar
dan kata kamus orang kampung tidak moden
dan kata reka bentuk rumah kampung
lazimnya seperti yang terdapat di kampung

dan mulailah orang cerdik pandai
membentuk wawasan kadang-kala terlalu aneh

rumahku syurgaku kampung tempat bermanja
matiku hidupku di sawah bendang
nelayan harus meneroka laut dalam
banyak kampung bermegah dengan kampung tercantik
gerak mesra dan gerakan desa wawasan

IT masuk kampung dan PPRT
suara orang politik bergema membina kampung

katanya kampung terbina dari sebatang jalan
licin dan cantik menuju ke ibu kota.

Dan kampung pun terbina di setiap pinggir kota
dan kampung pun terbina bersama bandar sekunder
sejak itu kampung mula robek nilainya pecah
anak-anak tidak lagi berminat ke denai
hanya pada lorong-lorong dan kotak tv
katanya kampung harus moden membina manusia
membangunkan anak-anak dari dalam kaca

katanya kepercayaan dapat dibangun dari wang
nilai kemanusiaan sudah berpaksi dengan jelas
kampung katanya adalah permulaan kehidupan
kembali ke dalam diri.



Hipan i Alwi
11 November 1999
Kuching

WARKAH HARAPAN - Saiee Driss



ini warkah harapan
untuk tatapan anak-anak nusa bertuah

mari sama-sama kita membaca
untaian mimpi dan hasrat
yang sama-sama kita menulisnya


warkah harapan
ialah cerita tanah air menyusuri sejarah
dengan segala calar-balar
luka di dadanya, luka di hatinya
bengkak lebam pada hasrat dan cita-cita
tapi sembuh kembali setiap kali
kerana visinya jelas
misinya tegas

warkah harapan
ialah cerita bangsa membina peribadi
dengan segala cabaran dan dugaan
kecil besarnya tetap menuntut
kebijaksanaan
kecekapan dan ketangkasan
agar menyusurinya memberi pengalaman
yang indah dalam kilau titisan peluh dan air mata
menjadikan bangsa kita
satu bangsa yang matang dan dewasa

warkah harapan
ialah cerita hasrat dan kemahuan kita
yang kita dambakan
yang kita impikan
yang kita rancangkan
yang kita usahakan
demi mentafsir kehadiran yang sementara
di dunia pinjaman ini

warkah harapan ini
peta laluan kehidupan
budaya laluan tamadun
etika laluan tindakan
adat resam laluan pekerti
untuk kita menuju kedaulatan bangsa

dalam warkah harapan ini
kitalah harapan bangsa
kitalah benteng negara
kitalah pewaris perjuangan
kitalah penentu masa depan
lalu kita dituntut ada keperibadian yang luhur

dan murni
lalu kita diharuskan berpekerti tinggi

menghormati sejarah dan masa lampau
menghormati pejuang-pejuang terdahulu
menghormati adat resam dan warisan budaya
sekalipun ada cacat celanya
kerana hanya dengan menerima masa lalu

mengakui sejarah
meredai segala kekurangan dan cacat cela

yang tercoret dalam suci niat
baru boleh kita bentuk masa depan

membina laluan kita pula
untuk ditinggalkan kepada para penyambung wasiat
apabila berakhir giliran

dalam kesingkatan waktu mengisi zaman
tiada untungnya kita mencerca masa lalu
dengan menghabiskan seluruh tenaga
untuk mencari kesalahan dan kelemahan
dalam keseluruhan yang tidak semuanya kita fahami

adalah lebih manfaatnya
merancang dan bertindak pragmatik

mengisi hari ini dalam kerangka wajar
dengan ilmu dan kemudahan semasa
menyisih segala kealpaan dan kelalaian
yang menjadi mercu tanda zaman
terimalah diri kita
terimalah warisan kita
terimalah hakikat tanah air dan zaman

dengan yakin dan rela
setiap kehadiran ada qada dan qadarnya

yang mengizinkan kita mengamalkan
dan menyusun kota-kota pencapaian
dalam kerangka kudrat dan kebenaran

jangan buang waktu dan tenaga
menyesali dan mengutuk sejarah
menghina kedunguan nenek moyang

pada zaman daifnya
kerana kita sebenarnya terlalu sibuk

dengan jadual hari ini
membetulkan mana yang salah
mengatasi kelemahan dan kekurangan

membaiki mana yang calar
atau kelak kita pula mengulangi kesilapan

yang hari ini kita cemuh dan kesali

satukan barisan angkatan harapan zaman
jadi satu benteng maruah dan harapan
yang tidak menolak sejarah
yang tidak menafikan tuntutan
yang tidak gentar dicabar
yang tidak cuak ke tengah gelanggang

dalam warkah ini harapan
masa depan buana pusaka keramat ini

segala-galanya di tangan kita
segala-galanya di hati kita
segala-galanya tugas dan tanggungjawab

yang diletakkan di pundak kita
dengan pesanan dan wasiat:
sekali berjuang terns berjuang.




Saiee Driss
Sibu
September 2000

UNTUK MENJADI WARGA SEJATI - Abizai Abi



Untuk menjadi warga sejati
bukan sekadar berbaring di padang tanahair

menumpang senang
bukan sekadar berdiam di sarang pertiwi

mengeram mimpi
layar usaha wajar dikembang
angin fikiran perlu diseru
sungai cabaran sanggup diharungi
ke pulau kemajuan arah dituju
lautan sejagat berani dibelah
bahtera Malaysia berlayar megah

untuk menjadi warga sejati
begitu mahal harganya
tiada dapat disukat
dengan hujan ringgit yang lebat
tiada dapat dihitung
dengan kepingan emas yang berkarung

segalanya pautu dibayar
dengan mengerjakan sawah bakti yang lebar

segalanya harus ditebus
dengan membina kilang jasa yang besar

bendera kepentingan negara tinggi dikibar

untuk menjadi warga sejati
wajib mengenal lorong sejarah ibunda
dengan sarat insaf mengingati
perjuangan para wira meneroka rimba merdeka

ancaman sengat penjajah tiada diindah
ugutan kuku bintang tiga tiada digentar
darah mengalir di pertarungan getir
ranum kebebasan jadi ganjaran
hadiah pusaka buat waris bertuah

untuk menjadi warga sejati
mesti tahu memasang teraju peranan
di dalam menyiapkan layang-layang wawasan

sanggup memikul berat bakul tanggungjawab
penuh jujur menjaga telur amanah
tiada dibiarkan pecah
penuh bangga membela sekawan setia
di akuarium j iwa
penuh cermat mengukir awan larat sopan
di siling perlakuan

wajah maruah negara
sentiasa dihias jelita

untuk menjadi warga sejati
rawatkanlah luka sengketa sesama kita

kupaskanlah parut curiga di kulit sukma
songket harmoni sepakat tekun ditenun
jala toleransi bersama lebar ditebar
setiap rerama bangsa
menghirup madu kemakmuran yang sama

di kelopak bunga nusa tercinta.


Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri,
Februari 1995

Thursday, April 2, 2009

MENEBUS SEJARAH BANGSA - Abizai Abi




Kerana ribut dengki
yang menggila sesama kita
maka terciptalah riak fitnah dan ombak gelodak
dan pantai siapa yang terluka akhirnya
kalau bukan pantai bangsa sendiri juga

Sejarah telah beberapa kali
mengingatkan igauan purba itu
tapi masih juga kita membutakan
matafikir
enggan melihat matahari cerah
malah mengagungkan awan hitam
yang bakal membawa hujan petaka
kita masih juga memekakkan
telingasukma
enggan menghayati irama seruling
damai
tapi memuja gempita gendang
persengketaan

Cukuplah sudah
kita kehilangan wajah
feringgi membedil selat
melaka kepupusan mahkota
temasik dilanggar todak
hang nadim menggigit jari

Kini kita harus bangkit
bebas dari gari budaya kaca terhempas
menyambung ribuan serpihan
dengan darah dan keringat
agar kembali menjadi bulat
bersatu menebus sejarah bangsa



Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri
Oktober 1990

Wednesday, April 1, 2009

ANTARA TOWER OF HILL DAN TAJ MAHAL - Rosani Hiplee



Di Tebingan Kuching ini,
aku tersenyum senang
apabila memandang ke Kubu margherita
yang senyap-senyap
telah menghimpun dua warisan dunia
din tubir Sungai Sarawak.

Di ruang khayal,
air sungai Thames liar dalam angin dingin
lalu gerak resahmu mula berbicara.
Tower of Hill nun di pinggir kali
adalah penjara lama
penyimpan khazanah misteri
di balik senjata dan busana perang
yang kaku disemayamkan sejarah.
Nun di halaman sana,
segala jerit insan luka
telah berkubur di pancungan bisu,
Manakala pekik keadilan
telah berderai di bibir meriam.
Di jendela usang penjara itu
bagai ada puluhan mata
mengintai penuh erti,
Dan sesekali jua
aku bagaikan terklibat imbasan
sateria ulung berbaju besi
mendabik dada penuih keangkuhan
di atas pelana kuda yang gagah bertubuh pejal.

Ssejenak beralih ingatan ke Sungai Jamuna
lalu terbayang pusara Mumtaz
yang menjadi lambang keagungan cinta dunia
Namun di sebalik kesenyapan Taj Mahal
bagai terdengar lagu rindu
merawan sukma,
tatkala diri lalai dibelai
lagenda cinta Syah Jehan
yang sepi dalam kesetiaan paling luhur.

Sesungguhnya
Sir Charles Brookes juga mengagumi
nilai kasih Ranee Margaret
lalu dilestarinya kecintaan mereka
di penjara tua penyimpan misteri berdarah
anak pribumi.

Di Tebingan Kuching in i
aku pun tersenyum bangga
mengenang kecilpadian bumi kenyalang
di tengah keagungan dunia mendonan.



Rosani Hiplee