di cermin diri
merenung kolam mata dosa
melihat jasad hitam
sedang mulut pengertian
bisu disulam kelu
di cermin diri
merenung tangan nista
menatang dulang kemewahan
dari telapak penindasan
memerah susah
hati iman tak mampu bersuara
di cermin diri
melihat kepala kuasa
semakin membesar
dikuasai akal amarah
dikuasai angguk lawamah
berkopiah pura-pura
hanya untuk mata bahasa
kini
dicermin kesedaran diri
mula mengerti
hidayah menginsafi
kesunyian haru
tangisan taubat bergugusan
membasuh penyesalan
tikla manik-manik kesedaran
menjadi tasbih azam
menghitung hari-hari kematian.
Showing posts with label IG-AKTIVITI HIDUP. Show all posts
Showing posts with label IG-AKTIVITI HIDUP. Show all posts
Monday, April 6, 2009
SAJAK UNTUKMU- Nawi A.Rahman
Ada ketikanya
kita bersama di sini
mengharungi arus dan gelombang
mencari erti dalam kehidupan
Ada kalanya
kita berpegang tangan
merempuh onak dan duri
dalam belantara ini
merintis jalan kejayaan
Ada waktunya
kita mengukir senyuman
merasai kebahagiaan
menjejaki perjalanan masa
dengan penuh ketenangan
Pun begitu,
dalam keadaan begini
kepastian mula kuragukan
pada hari-hari menjelang
masih tetapkah kau di sini?
Nawi A Rahman
Kanowit
3 September 1992
kita bersama di sini
mengharungi arus dan gelombang
mencari erti dalam kehidupan
Ada kalanya
kita berpegang tangan
merempuh onak dan duri
dalam belantara ini
merintis jalan kejayaan
Ada waktunya
kita mengukir senyuman
merasai kebahagiaan
menjejaki perjalanan masa
dengan penuh ketenangan
Pun begitu,
dalam keadaan begini
kepastian mula kuragukan
pada hari-hari menjelang
masih tetapkah kau di sini?
Nawi A Rahman
Kanowit
3 September 1992
Labels:
1992,
GB-EMOTIF,
IG-AKTIVITI HIDUP,
IG-ALAM,
N-NASIHAT,
P-NAWI A RAHMAN,
S-4,
T-EMOSI,
T-KEMANUSIAAN,
T-MASA
TITIAN HIDUP - Lawrence Atot
Sesekali pelangi datang
meredah mentari dan hujan
mencorakkan warna-warna gemilang
di dalam lembah kehidupan.
Kehijauan alam
memagari cintakasih sejagat
menyemai benih-benih azam
pada batas setia dan semangat.
Kini tegak berseri
bangunan pencakar langit berdiri
mobil kian rakus berlari
membiak hari demi hari
memenuhi cita-cita harga diri.
Namun di jendela hidup ini
meratap unggas di rimba sepi
meratap ikan-ikan di dasar kali
meratap pungguk di kaki malam
menatap bulan berwajah suram
Pada keterasingan ini
ingin kutemui jalan hakiki
satu cita satu hari,
kerana
dunia akan memuntahkan laharnya
pada bakal pewaris bangsa
di sebalik kealpaan manusia.
Lawrence Atot
Quop, Kuching
Labels:
1992,
GB-NARATIF,
IG-AKTIVITI HIDUP,
IG-BINAAN,
IG-HIJAU,
IG-PELANGI,
IG-UNGGAS,
N-KEINSAFAN,
P-LAWRENCE ATOT,
S-5,
T-ALAM,
T-KEHIDUPAN,
T-KEMANUSIAAN
Sunday, April 5, 2009
PEREMPUAN YANG BERKALUNG REBEN DI TENGKUK KACANYA - Roslan Jomel
usia menampal kering daun
melekukkan pipinya
yang dilara kuning tahun.
pagi mengheret hablur sejuk
hawa cahaya subuh
melintas kerut dahi
dengan hujung jarinya tipis berpalit
getah bawang dan hitam mata pisau
ketika dia berdiri khayal
membelakang siang di pintu dapur.
mukanya beralun bingung
terasing oleh deru hidup
dengan runcing siku dia menurun tingkap,
diapung malap lampu mentol
suaranya berdesing ke hati
bengkok di mata
melayang kerlip mimpi pada keping cermin
tapi tapak kakinya halus
di halaman rumah.
ceritanya berpasir garam
bau basah buih sabun melumur lantai
dan kain yang dilambung ampaian,
tua perasaannya
di batik tenang angin celah bungs belimbing.
sungai surut pasang
pucuk nipah meliukkan mendung hari
matahari menyala lemah gelombang tembakul
di selut tebing senget pedada luruh
dan slam menghampiri rantingnya.
dia terpaku meramas buluh pagar
rambutnya melayang dari simpulan
seperti mengembangkan gemuruh dada,
payung menitik batu hujan
renda gaunnya berdesiran manik,
mungkinkah dia bermimpi lagi?
betapa putih telapak tangannya
menyorong pagi kepada kami
wujud seperti pohon sandar
dengan melilit reben di tengkuk
dialah perempuan dikalungkan kaca
miring berbaring dihanyutkan malam
di sisi katil cekung merenung
bayang hati di cermin
kelat dan keruh melapis hidupnya
sementara kami
terhampar lena atas hijau baldu.
Roslan Jomel
Labels:
2007,
GB-NARATIF,
IG-AKTIVITI HIDUP,
IG-METAFORA ALAM,
N-KEINSAFAN,
P-ROSLAN JOMEL,
S-7,
T-ALAM,
T-EMOSI
BAHASA KEPADA LELAKI - Maslina Mahbu
suntikkan sapa dalam bahasamu
masukkan lembut dalam suaramu
masakkan sopan dalam gerakmu
cernakan hormat dalam tingkahmu
- bahasa kepada lelaki –
gerutunya menjentik naluri
sang hawa yang perlu dimanisi
lenggok gemalai bahasamu lelaki
melebur lahar dada sang pertapa
bertuahnya kau dianugerahi
permintaanmu dituruti
kau tidak lagi sunyi
getarmu ada penenang kini
sang hawa bukannya hamba abdi
kau tengking sesuka hati
ia harus dihalusi
segenap bongkak tersembam di bumi
kau kuasai diri
olah bahasamu yang kasturi
setanggi benakmu kenanga sari
mewangi taman larangan ini
mans tebu di bibir
meresap ke dasar nubari
merentap kasar lubuk derhaka
menjadi semurni sungai yang mengalir
dari air terjun gunung serapi
bangga menepuk dada
kerana bahasamu lelaki
indah selubungku!
Maslina Mahbu
POLIKU
14 Jun 2005
MENELUSURI MENTARI SENJA - Haji Sazali Morshidi
(Saat Persaraan)
Telah pun berlabuh kini
Sang mega sakti
Tabir mentari senja
Bersama sulaman awan kemilauan
Mengakhiri sebuah perjuangan
Itulah hakikat dan janj i masyarakat
Bahawa sebuah penghijrahan kini sampai ke, hujung garisan
Jika sempat dikutip setiap kenangan
Sewaktu menelusuri mentari senja sebegini
Akan terhampar khazanah pengalaman
Tentang pahit-maung yang berlingkaran
Tentang kuntuman manis yang berpaut di tangkai kehidupan
Semuanya akan diabadikan
Sebagai warkah penyudah
Jika dianyam benang-benang persahabatan
Sejak mula berkenalan
Dengan setiap insan yang bersapaan
Akan terbentanglah hamparan permaidani
Yang disulami tali silaturahim
Terikat erat
Sekuat iradat
Jika setiap gurau senda dijadikan setiap lirik lagu
Dihimpun dari sejak mula bertemu
Akan tergubah simfoni merdu
Manifestasi ilusi wacana rindu
Jika sempat menyunting semula suria pagi
Tika bersinar gagah di ufuk timur
Tika menerjah cahaya molek di laman hati
Tika kehangatan memeluk nubari
Akan diperbetulkanlah segala kesilapan
Akan diperbaiki setiap kebodohan
Akan diadun semula setiap keterlanjuran berlalu
Segala-galanya telah berlalu dibelai angin sendu
Dan tak mungkin masa berpatah kembali
Dan tak bisa suria senja kembali bertenaga
Semua itu sudah menjadi sebuah nostalgia
Ya, dalam saat menyelusuri
Titian mentari senja beronak ini
Bersedialah untuk mengubah minda
Keluar dari kepompong birokrasi
Dari warga berstatus bestari
Menjadi masyarakat berakal budi
Sama menghirup udara biasa
Sama berenang di samudera bebas
Jangan leka dibuai zaman
Jangan terpesona diulit mimpi IT
Yang penuh pencaroba
Kerana mentari senja yang diselurusi ini
Akan mendabik dada kesyukuran pada ranjau alam
Setelah penat meniti zaman siang
Sebentar lagi sebelum hadir tabir malam
Bersedialah untuk melayari
Bahtera yang dipancar cahaya rembulan
Yang kadang-kadang timbul bermusim
Sebelum disusuli kegelapan
Sebentar lagi setiap insan akan
Mengalami peraduan yang panjang
Menjalani mimpi-mimpi hidup
Yang diusung kepelbagaian warna
Hj. Sazali Hj. Morshidi
Taman Matang Jaya,
Kuching.
Telah pun berlabuh kini
Sang mega sakti
Tabir mentari senja
Bersama sulaman awan kemilauan
Mengakhiri sebuah perjuangan
Itulah hakikat dan janj i masyarakat
Bahawa sebuah penghijrahan kini sampai ke, hujung garisan
Jika sempat dikutip setiap kenangan
Sewaktu menelusuri mentari senja sebegini
Akan terhampar khazanah pengalaman
Tentang pahit-maung yang berlingkaran
Tentang kuntuman manis yang berpaut di tangkai kehidupan
Semuanya akan diabadikan
Sebagai warkah penyudah
Jika dianyam benang-benang persahabatan
Sejak mula berkenalan
Dengan setiap insan yang bersapaan
Akan terbentanglah hamparan permaidani
Yang disulami tali silaturahim
Terikat erat
Sekuat iradat
Jika setiap gurau senda dijadikan setiap lirik lagu
Dihimpun dari sejak mula bertemu
Akan tergubah simfoni merdu
Manifestasi ilusi wacana rindu
Jika sempat menyunting semula suria pagi
Tika bersinar gagah di ufuk timur
Tika menerjah cahaya molek di laman hati
Tika kehangatan memeluk nubari
Akan diperbetulkanlah segala kesilapan
Akan diperbaiki setiap kebodohan
Akan diadun semula setiap keterlanjuran berlalu
Segala-galanya telah berlalu dibelai angin sendu
Dan tak mungkin masa berpatah kembali
Dan tak bisa suria senja kembali bertenaga
Semua itu sudah menjadi sebuah nostalgia
Ya, dalam saat menyelusuri
Titian mentari senja beronak ini
Bersedialah untuk mengubah minda
Keluar dari kepompong birokrasi
Dari warga berstatus bestari
Menjadi masyarakat berakal budi
Sama menghirup udara biasa
Sama berenang di samudera bebas
Jangan leka dibuai zaman
Jangan terpesona diulit mimpi IT
Yang penuh pencaroba
Kerana mentari senja yang diselurusi ini
Akan mendabik dada kesyukuran pada ranjau alam
Setelah penat meniti zaman siang
Sebentar lagi sebelum hadir tabir malam
Bersedialah untuk melayari
Bahtera yang dipancar cahaya rembulan
Yang kadang-kadang timbul bermusim
Sebelum disusuli kegelapan
Sebentar lagi setiap insan akan
Mengalami peraduan yang panjang
Menjalani mimpi-mimpi hidup
Yang diusung kepelbagaian warna
Hj. Sazali Hj. Morshidi
Taman Matang Jaya,
Kuching.
Subscribe to:
Posts (Atom)
