Wednesday, April 1, 2009

MUKADIMAH



Blog ini mengandungi data-data kajian bagi setiap judul puisi yang memenangi hadiah di dalam Skima Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak antara tahun 1990 hingga 2007 untuk pertamanya menyediakan sebuah makalah untuk dibentangkan dalam Diskusi Sastera dan Baca Naskhah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Dewan Setia, Majlis Daerah Simunjan pada 18 April 2009 (Sabtu).


Selepas ini data-data yang dimuatkan di sini boleh dijadikan bahan untuk menyediakan rencana dan makalah atau kertas kerja seterusnya.


Majlis Diskusi Sastera dan Baca Naskhah di Simunjan itu bertujuan


i. untuk memperkenalkan para penulis dan karya-karya mereka kepada kalangan pelajar dan guru.


ii. untuk menggalakkan minat membaca karya sastera dalam kalangan pelajar dan guru


iii untuk menyemaikan budaya berdiskusi dalam kalangan pelajar dan guru; dan


iv untukmenyemarakkan kegiatan penulisanm dan penghayatan sastera dalam kalangan pelajar dan guru.


Untuk majlis berkenaan saya ditugaskan menjadi pemakalah untuk tajuk Citra Kepnyairan Penyair-Penyair Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak, 1990-2007.


KAEDAH


Saya memilih untuk menggunakan blogspot untuk menyusun data bagi makalah ini kerana blogspot.com ada sistem klasifikasi yang beroperasi secara automatik melalui slot labelnya. Pada slot itu saya bagi label-label tetap iaitu tahun, nama penulis, judul karya, media, tema karya, gayabahasa, struktur dan catatan khas.

Dengan lapan klasifikasi itu saya percaya sudah cukup untuk membantu saya menyediakan data-data diperlukan bagi kertas kerja berkenaan dan makalah-makalah seterusnya.


Wassalam.

SAIEE DRISS
saieedriss@yahoo.com
http://saieedriss.blogspot.com
2 April 2009

Kuching

No comments:

Post a Comment