Monday, April 6, 2009

BALADA IRAMA MEMORI - Lawrence Atot


Sesekali bila diri dirantai sepi
menjadikan aku si pengutip memori
antara daun-dauwn kenangan
yang layu bertaburan
di taman ingatan.


Aku menjadi keliru
bila resah mengundang rindu
pada desiran angin lalu
pada nyanyian cemara
pada siulan camar
sedang laut tak betah bergelora
dan pulau itu masih samar.

Maafkan aku wahai teman
kerana seringkali songsang perjalanan
maafkan aku duhai malam
kalau setia menjadi timbul tenggelam
di antara jendela bintang suram.

Jika siang ku menyulam mimpi
itu tandanya pencarian ku tak mati
kerana aku rindu pada
nyanyian unggas pagi

lambaian hijau rimba
ngalir sunyi sungai insani
kerana kini
keliru ku melata.


Lawrence Atot
Quop, Kuching

No comments:

Post a Comment