Monday, April 6, 2009
TITIAN HIDUP - Lawrence Atot
Sesekali pelangi datang
meredah mentari dan hujan
mencorakkan warna-warna gemilang
di dalam lembah kehidupan.
Kehijauan alam
memagari cintakasih sejagat
menyemai benih-benih azam
pada batas setia dan semangat.
Kini tegak berseri
bangunan pencakar langit berdiri
mobil kian rakus berlari
membiak hari demi hari
memenuhi cita-cita harga diri.
Namun di jendela hidup ini
meratap unggas di rimba sepi
meratap ikan-ikan di dasar kali
meratap pungguk di kaki malam
menatap bulan berwajah suram
Pada keterasingan ini
ingin kutemui jalan hakiki
satu cita satu hari,
kerana
dunia akan memuntahkan laharnya
pada bakal pewaris bangsa
di sebalik kealpaan manusia.
Lawrence Atot
Quop, Kuching
Labels:
1992,
GB-NARATIF,
IG-AKTIVITI HIDUP,
IG-BINAAN,
IG-HIJAU,
IG-PELANGI,
IG-UNGGAS,
N-KEINSAFAN,
P-LAWRENCE ATOT,
S-5,
T-ALAM,
T-KEHIDUPAN,
T-KEMANUSIAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeleteboleh saya tahu siapa lowrence atot yang sebenar?
boleh tak saya dapatkan alamat email dia?
saya pelajar dari universiti malaya hendak membuat kajian tentang penulis puisi sarawak.
saya harap tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya.
saya berharap pihak tuan akan mengirimkan jawapan di momomiaw@gmail.com
kerjasama pihak tuan amat saya perlukan
terima kasih