Showing posts with label 2003. Show all posts
Showing posts with label 2003. Show all posts
Sunday, April 5, 2009
RAMADAN - Yusuf Lotot
seperti malam kudirikan tiang-tiang rindu
menadah harap kuutus doa raja wali kudus
pintu tersua saat tiap kali tangan terbuka
mengintai pasrah di jendela nurani
menyesali setiap apa yang kulakukan telah
dunia hanyalah sebutir debu di baju rumi
ramadan ini, cinta datang bak sunti jelita
rasanya tak sabar kutunggu hadirmu laila
kasmaran aku bagai mabuk cendawan
rasanya tak bisa kulepas peluk rohani
kutangis setiap hari yang melangkah usia
entah bila untuk kita bisa bersatu lagi?
Yusuf Lotot
Kuching.
Labels:
2003,
GB-SIMBOL,
IG-ALAM,
IG-SURREALISTIK,
N-RELIGUS,
P-YUSUF LOTOT,
S-6,
T-AGAMA
PENGANTIN - Ummy Hafiza Mahri
pada satu masa yang ditetapkan
kita pasti dirisik
pertunangan sejak azali
di hujung hidup nanti
berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut
hantarannya – sakit dan nazak
tamu bertandang menghadiahkan sorak tangis
pengantin dimandikan
dipakaikan baju cantik putih
wangian gaharu dan cendana
keranda jadi pelaminan
pengantin bersanding sendirian
di arak keliling kampung
berkompangkan azan dan kalimah kudus
akad nikahnya bacaan talkin
berwalikan liang lahad
saksi pula nisan-nisan
siraman air mawar
keluarga terdekat menepung tawar
tiba masa pengantin
menunggu sendirian
malam pertama bersama KEKASIH
di kamar bertilamkan tanah
dan Dia menuntut janji
sucikah kita tatkala berpadu
pernahkah taubat sepanjang hayat
atau terkubur bersama dosa-dosa
dan Dia Kekasih itu
mungkin membawamu ke syurga
dan bisa juga melontarmu ke neraka
Ummy Hafiza Mahri
Labels:
2003,
GB-PERBANDINGAN,
GB-SIMBOL,
N-MISTIK,
N-RELIGUS,
P-UMMY HAFIZA MAHRI,
S-1,
T-AGAMA,
T-KEMATIAN
SEUSAI HUJAN DI KUBURAN - Abdillah Untong
Pabila bara nurani terpadam
seakan kita menggali kuburan
sambil sukma bersorak ria
membajaki nisan di permakanan sendiri
demikian
asyik meladeni sunyi suara batin
dalam dendang syandu
mentalkinkan wafat diri
sedang
di pinggir lahad
sahabat merelakan karibnya
pergi untuk tidak pulang-pulang
sementara di Taman
wangi setanggi tikam-menikam
dan tetes-tetes hujan
berangkat siap pulang ke langit
sambil
mengucap salam pamitan
buat aspal jalan
yang masih terlonta-lonta
minta dibasahi.
Abdillah Untong
Kuching.
17/l/2003
Labels:
2003,
GB-SIMBOL,
IG-ALAM,
IG-HUJAN,
IG-KUBURAN,
N-INTROSPEKTIF,
N-KEINSAFAN,
P-ABDILLAH UNTONG,
S-3,
T-ALAM,
T-EMOSI
WAJAH KENANGAN - Jaafar Haji Hamdan
Menyapa wajah kenangan
yang tertinggal di lubuk waktu
adalah rakaman rindu
ketika melalui jalur rasa
dengan suasana berbeza
dan ia begitu mengasingkan
makna keasyikan
yang dahulunya tercatat
satu keindahan murni
Menatap wajah kenangan
yang pernah mengukir cinta
adalah gamitan kasih
dengan seribu pertanyaan
tentang senyum yang hilang
di kaki tangga usang
dan sesekali merubah nada
lagu-lagu kenangan itu
Merenung kembali wajah kenangan
sebenarnya cukup menyedarkan
tentang nafas-nafas ini
adalah lingkaran rasa
yang semakin tertinggal
mengisi penentuan
antara kini dan masa depan
Wajah kenangan bukan sejarah silam
tetapi kisah bagi anak cucu di masa lapang.
Jaafar Haji Hamdan
12 Disember 2002
Labels:
2003,
GB-SIMBOL,
IG-METAFORA ALAM,
N-KEINSAFAN,
P-JAAFAR HAMDAN,
S-4,
T-EMOSI,
T-KENANGAN
TERSEMBUNYI DI SEBALIK CERMIN - Abizai Abi
(buat S.M.)
Yang mereka nampak
hanyalah tompokan-tompokan nanah
yang melekat di kulit perlakuanmu
yang mereka lihat
hanyalah lalat-lalat jijik
yang mengharungi tubuh tingkahmu
aku tak mampu menyediakan pohon rendang
tempat kau berteduh dari pangs terik penghinaan
kerana setiap patah hujahku
hanyalah sebilah keris tumpul
yang tak terdaya menembusi kebalnya prasangka
kerana mereka cumalah berbekalkan mata zahir
untuk mengutuskan isyarat ke pusat fakir
dan melakarkan potret tafsir
dengan bulatan logika dan garisan alasan
yang sempit dan bersempadan
katamu
tidak ramai yang akan dapat melihat
dasar yang tersembunyi di sebalik cermin
kerana selalu tertipu dan setia percaya
dengan permukaan yang dikembalikan oleh cermin
dan katamu lagi
biarkanlah keadaan terns begitu
kerana itu yang kau mahu
di atas kemahuan-Nya
Zainal Abidin Haji Suhaili
Piasau Jaya, Miri
Januari 2001
Yang mereka nampak
hanyalah tompokan-tompokan nanah
yang melekat di kulit perlakuanmu
yang mereka lihat
hanyalah lalat-lalat jijik
yang mengharungi tubuh tingkahmu
aku tak mampu menyediakan pohon rendang
tempat kau berteduh dari pangs terik penghinaan
kerana setiap patah hujahku
hanyalah sebilah keris tumpul
yang tak terdaya menembusi kebalnya prasangka
kerana mereka cumalah berbekalkan mata zahir
untuk mengutuskan isyarat ke pusat fakir
dan melakarkan potret tafsir
dengan bulatan logika dan garisan alasan
yang sempit dan bersempadan
katamu
tidak ramai yang akan dapat melihat
dasar yang tersembunyi di sebalik cermin
kerana selalu tertipu dan setia percaya
dengan permukaan yang dikembalikan oleh cermin
dan katamu lagi
biarkanlah keadaan terns begitu
kerana itu yang kau mahu
di atas kemahuan-Nya
Zainal Abidin Haji Suhaili
Piasau Jaya, Miri
Januari 2001
Labels:
2003,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
IG-KERIS TUMPUL,
N-KEINSAFAN,
P-ABIZAI ABI,
S-5,
T-EMOSI,
T-NILAI
Subscribe to:
Posts (Atom)
