Showing posts with label P-DAHIRI SAINI. Show all posts
Showing posts with label P-DAHIRI SAINI. Show all posts
Sunday, April 5, 2009
MENJADI KAPAL - Dahiri Saini
Menjadi kapal
harus mengenal kelokan angin
pecahan ombak
serta tekun menterjemah kenakalan laut
kerana dasarnya getar rahsia
yang belum terungkap segalanya.
Menjadi kapal
arah tujuan mesti dalam diri
serta tabah pada olengan yang memabukkan
kadangkala menjadi mimpi ngeri
kala sirip ikan yu sering mengekori
menghidu kelalaian diri.
Menjadi kapal
harus merambihi setiap pelabuhan
serta peka pada layahan dan junaman
burung-burung laut itu
kerana penjelmaannya
rentak alam yang perlu dipelajari.
Menjadi kapal
belayarlah persefahaman dengan laut
musim-musim seterusnya.
Dahiri Saini
UNIMAS
Labels:
1999,
GB-SIMBOL,
IG-KAPAL,
IG-LAUT,
IG-PELABUHAN,
N-RELIGUS,
P-DAHIRI SAINI,
S-4,
T-KEHIDUPAN
Wednesday, April 1, 2009
CERITA SI BURUNG BULBUL - Dahiri Saini
(buat mohd danial)
wahai si anak bulbul hinggaplah di pohon-Nya
menciaplah di sangkar nawaitu
sedutlah nafas keredhaan di ranting waktu
cakarlah
sangkar kejahilan di akar diri kalian
terselamat dari intip pemangsa yang sentiasa
mengawasi gerak peribadi, wahai di anak bulbul
belajarlah jinak berani di ujung dahan
jangan mudah melatah bila ribut nestapa
meretak telurmu ketika
ribut dari barat membadai
wahai si anak bulbul bersihkan
najis kesilapan masalalu kunyahlah ulat
persefahaman dengan seikhlasnya dan menelan
dengan tertib
dalam redup daun-daun dari pohon-Nya
agar membisikkan nikmat fardhu
hingga
ke urat pemaknaan
Dahiri Saini
UNIMAS
September 1996
wahai si anak bulbul hinggaplah di pohon-Nya
menciaplah di sangkar nawaitu
sedutlah nafas keredhaan di ranting waktu
cakarlah
sangkar kejahilan di akar diri kalian
terselamat dari intip pemangsa yang sentiasa
mengawasi gerak peribadi, wahai di anak bulbul
belajarlah jinak berani di ujung dahan
jangan mudah melatah bila ribut nestapa
meretak telurmu ketika
ribut dari barat membadai
wahai si anak bulbul bersihkan
najis kesilapan masalalu kunyahlah ulat
persefahaman dengan seikhlasnya dan menelan
dengan tertib
dalam redup daun-daun dari pohon-Nya
agar membisikkan nikmat fardhu
hingga
ke urat pemaknaan
Dahiri Saini
UNIMAS
September 1996
Labels:
1996,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
IG-BURUNG,
N-DIDAKTIK,
P-DAHIRI SAINI,
S-2,
T-KEHIDUPAN,
T-PEKERTI
MEMETIK BUNGA - Dahiri Saini
memetik bunga
petiklah dengan rasa cinta
bukan dengan cara sengketa
kerana bunga itu bunga milik kita
yang yang dibaja
bunga yang dijaga
.
memetik bunga
kumpulkan kuntumnya
menjadi karangan terindah
karangan bermadah
buat penyeri hati
buat penghias diri
.
memetik bunga
petiklah sesopannya
petiklah sesantunnya
dan letakkan di meja cita
kerana setiap kelopaknya
martabat kita
.
.
.
Kota Samarahan
Labels:
1994,
IG-BUNGA,
N-DIDAKTIK,
P-DAHIRI SAINI,
S-3,
T-ALAM,
T-PEKERTI
Subscribe to:
Posts (Atom)
