di cermin diri
merenung kolam mata dosa
melihat jasad hitam
sedang mulut pengertian
bisu disulam kelu
di cermin diri
merenung tangan nista
menatang dulang kemewahan
dari telapak penindasan
memerah susah
hati iman tak mampu bersuara
di cermin diri
melihat kepala kuasa
semakin membesar
dikuasai akal amarah
dikuasai angguk lawamah
berkopiah pura-pura
hanya untuk mata bahasa
kini
dicermin kesedaran diri
mula mengerti
hidayah menginsafi
kesunyian haru
tangisan taubat bergugusan
membasuh penyesalan
tikla manik-manik kesedaran
menjadi tasbih azam
menghitung hari-hari kematian.
Showing posts with label T-KEIMANAN. Show all posts
Showing posts with label T-KEIMANAN. Show all posts
Monday, April 6, 2009
Sunday, April 5, 2009
UNTUK-MU KEKASIH SESUCINYA HIJRAH - Jemat Gani
kekasih
nama-Mu dalam diriku
wujudnya aku kerana-Mu
terima kasih kekasih ...
rahmat-Mu penyambung nyawa
kusambut salju pagi
maal hijrah 1425
menghampiri akar usiaku
menjangkau dan meninjau
di gerbang petang yang tenang
dalam syandu nan terharu
kutadah lautan doa
menyebut memuji 99 nama-Mu nan suci
andainya dosa menyelimuti diri
engkau ampunilah daku
dengan zat-Mu yang Maha Pengampun
maal hijrah yang berkat
kehadiranmu kusambut mesra
dengan harapan dan keinsafan
bersama sumpah dan taubat
kekasihku tersayang
hapuskanlah duka nestapa semalam
jangan biarkan putera puteri
dahaga lapar
perutnya kosong
alir fikirnya kontang
jangan biarkan para isteri
menanak batu di dalam
tempurung
menjerang air di dalam tin karat
jangan biarkan ayah bonda
berendam air mata
di rumah pengasih
menagih kasih yang tersisih
wahai kekasih ...
percayalah cintaku
pada-Mu dicurahkan segala
biarpun sesekali alpa
kabur mata diulit ringgit
buta hati dibuai kuasa
tuli telinga dibisik dunia
kekasihku penyambung nyawa
puji-pujian hanya untuk-Mu
sejahterakanlah
bangsaku, agamaku dan Malaysiaku
untuk mengharungi hijrah fitrah ini
gemilang dalam cemerlang
untuk selama-lamanya ...
Jemat bin Gani
Sadong Jaya
230204
Labels:
2007,
GB-EMOTIF,
IG-AMALAM AGAMA,
N-KEINSAFAN,
N-RELIGUS,
P-JEMAT GANI,
S-6,
T-EMOSI,
T-KEIMANAN
KAULAH CAHAYA - Beb Sabariah
Kau
Adalah cahaya abadi,
dan Aku
Hanyalah bunga api
yang hidup barang sesaat
Itupun
saat
Yang kaupinjamkan.
Bibi Sabariah Haji Abanag Awet
Labels:
2001,
GB-SIMBOL,
N-RELIGUS,
P-BEB SABARIAH,
S-1,
T-CAHAYA,
T-KEIMANAN
MENGANYAM KESEMPURNAAN - Sriwati Labot
Dengan jemari hati yang suci
belahlah rotan-rotan keinsafan
raut dengan pisau tawakal
jemurkan di pelantar sedar
agar hijaunya menjadi matang
agar rapuhnya menjadi teguh
dipancari cahaya fikir
Silangkan bilahnya satu-persatu
dengan saksama
tindihkan dengan warna-warna keseimbangan
dunia dan akhirat
bentukkan dengan kreativiti berpandukan
iman dan kalam tuhan
biar penjurunya berpusar dari ketentuan yang
satu
Andai bilahnya tersasar
berpatahlah ke bucu sedar
usah gusar jadikan iktibar
andai anyaman jarang berlubang
rapatkan segala bilah-bilah takwa
agar sesempurna pintaan yang esa
meskipun belum tentu
Teruskanlah anyaman ini
setabah usia menganyam hari
hati-hatilah mengatur silang
agar tindihan tidak menyimpang
ingatlah pada hala hakiki
penjuru illahi yang abadi
meskipun belum tentu pasti
Dengan rotan-rotan kehidupan
anyamlah bilah-bilah kesempumaan
meskipun belum tentu sempurna
Sriwati Labot
Labels:
2000,
GB-METAFORA,
IG-ROTAN,
IG-SENI ANYAMAN,
N-RELIGUS,
P-SRIWATI LABOT,
S-5,
T-KEIMANAN
KEKASIH (II) - Sriwati Labot
Hanya engkau kekasih
yang menghadiahkan aku malam
bergemerlapan dengan
sinaran bulan kerdipan bintang
bergayutan tidak bertali
melangit tidak bertiang
menghias sebaris mimpi insani
seindah lukisan cinta lakaran
ya Rahman.
Hanya engkau kekasih
yang menghadiahkan aku siang
terang disinari cahaya matahari
mencipta bayang-bayang
yang misterinya tidak tertafsir
nyata tiada ketara
peneman setiap detik
penimbang setiap neraca
seluhur imbangan cinta di dada
ya Rahim.
Hanya engkau kekasih
yang menghadiahkan aku lautan
untuk dirangkai deburan ombak
untuk dipintal alunan gelombang
menjadi melodi kalam kasih
semerdu doa seorang pujangga
pada khusyuk simpuh tafakur
di atas hamparan sejadah buih
lembut semesra cinta belaian
ya Rabbi.
Hanya engkau yang satu.
Sriwati Labot
Labels:
1999,
GB-SIMBOL,
IG-ALAM,
IG-LANGIT,
IG-LAUT,
IG-MALAM,
P-SRIWATI LABOT,
S-3,
T-KEIMANAN
MUNAJAT PENYAIR - Yahya Mat

Sentuhan mujahadah bertasbihkan
makrifarullah
berselirat akur dhaif
memaku pasak iman
berselirat akur dhaif
memaku pasak iman
pada tiang mukmin
meruntun belati riyak
pada dada sang hamba bercokmar amir
pada dada sang hamba bercokmar amir
menghiris muktazilah dengan
pedang al-mukaram
terbit matahari mustaqim menjerat
terbit matahari mustaqim menjerat
gelap mulhid
hapus bersama-sama fatamorgana
hapus bersama-sama fatamorgana
daripada kitab musyrik.
Dikutip butir-butir iqrak yang tersia
dihimpun menjadi himpunan
dilonggok menjadi busut
ditimbun menjadi bukit-bukau
dibangun menjadi gunung-ganang
ditebar menjadi dataran
ditebar menjadi dataran
ditabur menjadi pulau-pulau
dihampar menjadi lautan
dihambur menjadi bintang-bintang cerlang.
dihambur menjadi bintang-bintang cerlang.
Diangkat munajal nusuha
ke mahligai muntaha
adalah rinduku muhib-Mu
aduhai yang Maha Mufrad
moga dapat kugenggam
panahan petir angkara
yang memanah kasih sesama
ke mahligai muntaha
adalah rinduku muhib-Mu
aduhai yang Maha Mufrad
moga dapat kugenggam
panahan petir angkara
yang memanah kasih sesama
dan cinta hamba pada Tuhannya.
Yahya Mat
Labels:
1998,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
N-KEINSAFAN,
P-YAHYA MAT,
S-3,
T-KEIMANAN
MENITI KEIMANAN INI - Latiffah Haji Morshidi
Dalam meniti kehidupan
nun di hadapan
aku terbelenggu dalam kedaifan
dalam meniti keimanan
yang terlalu kerdil dalam perjuangan
Meniti keimanan ini
tidak ada yan lebih bermakna,
kecuali memuji-Nya
kecuali memuja-Nya
teruskan bertahan
meski ribut dan taufan
sentiasa di depan
namun yang pasti Dia ialah Tuhan.
Meniti keimanan ini
rebutlah segalanya
sementara rahang alam masih terbuka
ketika fajar usia masih membuka mata
ketika mentari masih menyapa
ingatlah Dia maha kaya
meniti keimanan ini
biarlah pulang berbekal
sebelum mulut mengucap kesal
sebelum kantung amal
menjadi mengkal
sebelum rahang maut
sudah berpangkal
sebelum Munkar dan Nakir menyoal
istilah diri agar pulangmu penuh
bererti.
Latiffah Haji Morshidi
Labels:
1998,
GB-SIMBOL,
IG-MALAIKAUTUL MAUT,
IG-MAUT,
IG-RIBUT,
IG-TITIAN,
N-RELIGUS,
P-LATIFFAH HAJI MORSHIDI,
S-4,
T-KEIMANAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
