Sunday, April 5, 2009

TERSEMBUNYI DI SEBALIK CERMIN - Abizai Abi

(buat S.M.)



Yang mereka nampak
hanyalah tompokan-tompokan nanah

yang melekat di kulit perlakuanmu

yang mereka lihat
hanyalah lalat-lalat jijik
yang mengharungi tubuh tingkahmu

aku tak mampu menyediakan pohon rendang
tempat kau berteduh dari pangs terik penghinaan
kerana setiap patah hujahku
hanyalah sebilah keris tumpul
yang tak terdaya menembusi kebalnya prasangka

kerana mereka cumalah berbekalkan mata zahir
untuk mengutuskan isyarat ke pusat fakir
dan melakarkan potret tafsir
dengan bulatan logika dan garisan alasan

yang sempit dan bersempadan

katamu
tidak ramai yang akan dapat melihat
dasar yang tersembunyi di sebalik cermin
kerana selalu tertipu dan setia percaya
dengan permukaan yang dikembalikan oleh cermin

dan katamu lagi
biarkanlah keadaan terns begitu

kerana itu yang kau mahu
di atas kemahuan-Nya



Zainal Abidin Haji Suhaili
Piasau Jaya, Miri
Januari 2001


No comments:

Post a Comment