Showing posts with label P-ABIZAI ABI. Show all posts
Showing posts with label P-ABIZAI ABI. Show all posts
Tuesday, April 7, 2009
Monday, April 6, 2009
JANGAN - Abizai Abi
jangan patahkan ranting
jika pohon bergoyang
kerana akar yang mengasuh
tak pernah menjalarkan gopoh
ke dalam urat budaya kita
sebaliknya burulah punca angin
yuang mencipta getaran angkara
jangan lemparkan joran
jika umpan tiada mengena
kerana lautan yang menghampar
adalah sarang rezeki tak terpupus
cuma perlu mengukur waktu
saat yang sesuai menurun umpan
jangan sarungkan keris
jika hilang bisa tajamnya
kerana semangat yang diasah
bukan dengan dupa putus asa
tapi kembalilah ke alam pengasah
belajar semula mengumpul tajam
jangan pecahkan atap
jika hujan mencuri masuk
kerana sebagai rumah biasa
kesempurnaan tak munghkin terjelma
tapi carilah bahagian yang rapuh
tempat membiak zuriat kebocoran.
Miri, Sarawak
September 1991
Disiar brisalah Suarasa Putera, Jilid 1 Bilangan 1, Oktober 1991
Labels:
1991,
GB-METAFORA,
GB-NARATIF,
IG-ALAM,
N-NASIHAT,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-EMOSI,
T-PERASAAN,
T-PERGAULAN
Sunday, April 5, 2009
KELAWAR DAN SANGKAR - Abizai Abi
Kata-kata hitam yang kulontarkan
ke dalam gula teduhmu
telah bertukar menjadi kelawar
menggigit pilu hulu hatiku
hanya sakti putih kemaafanmu
mampu menjelmakan negeri sangkar
memerangkap sang kelawar
yang semakin liar
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri,
Julai 2006
Labels:
2007,
GB-NARATIF,
IG-KELAWAR,
IG-SANGKAR,
N-MISTIK,
N-NASIHAT,
P-ABIZAI ABI,
S-2,
T-KEHIDUPAN,
T-PERGAULAN
PENANGKAP RAMA-RAMA DAN KELAWAR - Abizai Abi
Engkau menangkap rama-rama
dan memasukkannya ke dalam botol
di dalam botol
rama-rama terus bernyawa
membina taman dengan warna
menumbuhkan ceria di kelopak bunga
aku yang melihatnya
tiba-tiba dihembus angin ria
yang menggetarkan daun rasa
engkau menangkap kelawar
dan memasukkannya ke dalam sangkar
di negeri sangkar
kelawar tetap bernafas
mempamerkan isi gua
yang pekat dengan kegelapan
aku yang menyaksikan
mendadak ditawan dinding sepi
yang tidak bertepi.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri, Sarawak
Jun 2003
(Antologi Puisi dan Cerpen 25 Tahun PUTERA)
Labels:
2005,
GB-NARATIF,
IG-KELAWAR,
IG-RAMA-RAMA,
N-KEINSAFAN,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-ALAMSEKITAR,
T-KEBEBASAN
TERSEMBUNYI DI SEBALIK CERMIN - Abizai Abi
(buat S.M.)
Yang mereka nampak
hanyalah tompokan-tompokan nanah
yang melekat di kulit perlakuanmu
yang mereka lihat
hanyalah lalat-lalat jijik
yang mengharungi tubuh tingkahmu
aku tak mampu menyediakan pohon rendang
tempat kau berteduh dari pangs terik penghinaan
kerana setiap patah hujahku
hanyalah sebilah keris tumpul
yang tak terdaya menembusi kebalnya prasangka
kerana mereka cumalah berbekalkan mata zahir
untuk mengutuskan isyarat ke pusat fakir
dan melakarkan potret tafsir
dengan bulatan logika dan garisan alasan
yang sempit dan bersempadan
katamu
tidak ramai yang akan dapat melihat
dasar yang tersembunyi di sebalik cermin
kerana selalu tertipu dan setia percaya
dengan permukaan yang dikembalikan oleh cermin
dan katamu lagi
biarkanlah keadaan terns begitu
kerana itu yang kau mahu
di atas kemahuan-Nya
Zainal Abidin Haji Suhaili
Piasau Jaya, Miri
Januari 2001
Yang mereka nampak
hanyalah tompokan-tompokan nanah
yang melekat di kulit perlakuanmu
yang mereka lihat
hanyalah lalat-lalat jijik
yang mengharungi tubuh tingkahmu
aku tak mampu menyediakan pohon rendang
tempat kau berteduh dari pangs terik penghinaan
kerana setiap patah hujahku
hanyalah sebilah keris tumpul
yang tak terdaya menembusi kebalnya prasangka
kerana mereka cumalah berbekalkan mata zahir
untuk mengutuskan isyarat ke pusat fakir
dan melakarkan potret tafsir
dengan bulatan logika dan garisan alasan
yang sempit dan bersempadan
katamu
tidak ramai yang akan dapat melihat
dasar yang tersembunyi di sebalik cermin
kerana selalu tertipu dan setia percaya
dengan permukaan yang dikembalikan oleh cermin
dan katamu lagi
biarkanlah keadaan terns begitu
kerana itu yang kau mahu
di atas kemahuan-Nya
Zainal Abidin Haji Suhaili
Piasau Jaya, Miri
Januari 2001
Labels:
2003,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
IG-KERIS TUMPUL,
N-KEINSAFAN,
P-ABIZAI ABI,
S-5,
T-EMOSI,
T-NILAI
PULANG KE KAMPUNG SILAM - Abizai Abi
Kadang-kadang
ingin aku pulang
ke kampung silam
dengan akal sekarang
dan pengalaman matang
menebus segala hutang
di kampung silam
akulah si anak remaja
yang berpengalaman muda
yang berpengetahuan kelam
di kampung silam
banyak lumpur silap
yang kupijak
melekat menjadi sesalan
banyak denai keliru
yang kuturuti
sehingga kehilangan jejak
tapi aku sedar
aku tak mungkin pulang
dengan akal sekarang
dan pengalaman matang
merobah wajah sejarah
kerana kampung silam
kekal di daerah kenangan
menjadi sempadan.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri, Sarawak
Januari 1999
Labels:
2000,
GB-METAFORA,
N-MELANKOLIK,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-PENGALAMAN,
T-SEJARAH
UNTUK MENJADI WARGA SEJATI - Abizai Abi
Untuk menjadi warga sejati
bukan sekadar berbaring di padang tanahair
menumpang senang
bukan sekadar berdiam di sarang pertiwi
mengeram mimpi
layar usaha wajar dikembang
angin fikiran perlu diseru
sungai cabaran sanggup diharungi
ke pulau kemajuan arah dituju
lautan sejagat berani dibelah
bahtera Malaysia berlayar megah
untuk menjadi warga sejati
begitu mahal harganya
tiada dapat disukat
dengan hujan ringgit yang lebat
tiada dapat dihitung
dengan kepingan emas yang berkarung
segalanya pautu dibayar
dengan mengerjakan sawah bakti yang lebar
segalanya harus ditebus
dengan membina kilang jasa yang besar
bendera kepentingan negara tinggi dikibar
untuk menjadi warga sejati
wajib mengenal lorong sejarah ibunda
dengan sarat insaf mengingati
perjuangan para wira meneroka rimba merdeka
ancaman sengat penjajah tiada diindah
ugutan kuku bintang tiga tiada digentar
darah mengalir di pertarungan getir
ranum kebebasan jadi ganjaran
hadiah pusaka buat waris bertuah
untuk menjadi warga sejati
mesti tahu memasang teraju peranan
di dalam menyiapkan layang-layang wawasan
sanggup memikul berat bakul tanggungjawab
penuh jujur menjaga telur amanah
tiada dibiarkan pecah
penuh bangga membela sekawan setia
di akuarium j iwa
penuh cermat mengukir awan larat sopan
di siling perlakuan
wajah maruah negara
sentiasa dihias jelita
untuk menjadi warga sejati
rawatkanlah luka sengketa sesama kita
kupaskanlah parut curiga di kulit sukma
songket harmoni sepakat tekun ditenun
jala toleransi bersama lebar ditebar
setiap rerama bangsa
menghirup madu kemakmuran yang sama
di kelopak bunga nusa tercinta.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri,
Februari 1995
Labels:
1999,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
N-PATRIOTIK,
P-ABIZAI ABI,
S-5,
T-KEWARGANEGARAAN,
T-PATRIOTIK
Saturday, April 4, 2009
KELAWAR KESIANGAN - Abizai Abi
Akulah sang kelawar kesiangan
yang tak sempat siap beradu
ketika malam berangkat pulang
dan pagi mula merintis rimba siang
dalam terang siang
kelibat hebatku semakin menghilang
dalam haba suria
tubuh sukmaku tersengat bisa
aku hanya dapat mengenangkan
deria ilhamku yarig cepat terangsang
di alam malam
aku cuma mampu membayangkan
zuriat bakatku yang membiak ligat
di gelap pekat
rakyat siang terlalu kejam
melulu menghukum
kulitku yang hitam
masyarakat siang terlalu angkuh
menganggap kerdil
kepakku yang mula lenguh
mereka lupa
tanpa gelap
cahaya tak akan menjelma
dan siang tak mungkin bernama.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Labels:
1998,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
IG-KELAWAR,
IG-MALAM,
N-RELIGUS,
P-ABIZAI ABI,
S-5,
T-KEHIDUPAN
MENGAPA HARUS MEMILIH WAJAH GARANG PEPERANGAN? - Abizai Abi
Mengapa harus memilih
wajah garang peperangan?
sedangkan meja rundingan
masih terbentang panjang
tempat mencari punca nanah sengketa
merapatkan jauh jarak pendapat
menjejek tapak tolak ansur
menyembuhkan demam kesumat dendam
emas kehormatan
tak akan hilang kilauannya
jika memilih untuk berlembut
dan berlembut
tak bererti terpaksa
mengunyah buah kalah
jantung yang berdegup terlalu berharga
untuk digadai di hujung senjata
hujan merah
jangan dibiarkan bermusim lebat
kolam persahabatan
jangan dibiarkan tercemar
oleh kuman permusuhan
payung kasih sayang wajar dikembang
lambang kemanusiaan setiap manusia
mengapa harus memilih wajah garang peperangan?
sedangkan dawai damai
masih boleh terus memagar
kesejahteraan dunia
selamat daripada ancaman ngeri
neraka malapetaka
ciptaan khianat nafsu manusia.
Zainal Abidin Hj. Suhaili Miri,
Mei 1995
Labels:
1997,
GB-METAFORA,
IG-PERANG,
N-NASIHAT,
P-ABIZAI ABI,
S-3,
T-EMOSI
Thursday, April 2, 2009
MENEBUS SEJARAH BANGSA - Abizai Abi
Kerana ribut dengki
yang menggila sesama kita
maka terciptalah riak fitnah dan ombak gelodak
dan pantai siapa yang terluka akhirnya
kalau bukan pantai bangsa sendiri juga
Sejarah telah beberapa kali
mengingatkan igauan purba itu
tapi masih juga kita membutakan
matafikir
enggan melihat matahari cerah
malah mengagungkan awan hitam
yang bakal membawa hujan petaka
kita masih juga memekakkan
telingasukma
enggan menghayati irama seruling
damai
tapi memuja gempita gendang
persengketaan
Cukuplah sudah
kita kehilangan wajah
feringgi membedil selat
melaka kepupusan mahkota
temasik dilanggar todak
hang nadim menggigit jari
Kini kita harus bangkit
bebas dari gari budaya kaca terhempas
menyambung ribuan serpihan
dengan darah dan keringat
agar kembali menjadi bulat
bersatu menebus sejarah bangsa
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri
Oktober 1990
Labels:
1996,
GB-METAFORA,
IG-FERINGGI,
IG-MAHKOTA,
IG-MELAKA,
IG-TODAK,
N-DIDAKTIK,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-FITNAH,
T-PATRIOTIK,
T-SEJARAH,
T-SIKAP
Wednesday, April 1, 2009
BELAJARLAH - Abizai Abi
Kau masih menetap di negara angkuh
membina istana keagungan watak sendiri
yang kauanggap serba kebal dan ampuh
tak lut ditikam senjata tajak kesilapan
suaramu sentiasa ringan
mengangkat diri setinggi awan
mengusir desir nasihat para sahabat
yang berniat melihat tubuh sifatmu sihat
kau ternyata terlalu lara
jatuh cinta pada bayangan diri
kulat penyakit yang cepat melarat
tumbuh menutupi mata penilaian tepat
belajarlah
membuka jendela kerendahan jiwa
tahan menerima terjahan angin kelemahan diri
sesekali mengaku basah tersimbah hujan salah
tak bererti jatuhnya sudah buah maruah
tak bermakna lemas dihempas ombak kalah.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri
November 1995
Labels:
1995,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
N-DIDAKTIK,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-PEKERTI
Subscribe to:
Posts (Atom)
