di cermin diri
merenung kolam mata dosa
melihat jasad hitam
sedang mulut pengertian
bisu disulam kelu
di cermin diri
merenung tangan nista
menatang dulang kemewahan
dari telapak penindasan
memerah susah
hati iman tak mampu bersuara
di cermin diri
melihat kepala kuasa
semakin membesar
dikuasai akal amarah
dikuasai angguk lawamah
berkopiah pura-pura
hanya untuk mata bahasa
kini
dicermin kesedaran diri
mula mengerti
hidayah menginsafi
kesunyian haru
tangisan taubat bergugusan
membasuh penyesalan
tikla manik-manik kesedaran
menjadi tasbih azam
menghitung hari-hari kematian.
Showing posts with label S-4. Show all posts
Showing posts with label S-4. Show all posts
Monday, April 6, 2009
SAJAK UNTUKMU- Nawi A.Rahman
Ada ketikanya
kita bersama di sini
mengharungi arus dan gelombang
mencari erti dalam kehidupan
Ada kalanya
kita berpegang tangan
merempuh onak dan duri
dalam belantara ini
merintis jalan kejayaan
Ada waktunya
kita mengukir senyuman
merasai kebahagiaan
menjejaki perjalanan masa
dengan penuh ketenangan
Pun begitu,
dalam keadaan begini
kepastian mula kuragukan
pada hari-hari menjelang
masih tetapkah kau di sini?
Nawi A Rahman
Kanowit
3 September 1992
kita bersama di sini
mengharungi arus dan gelombang
mencari erti dalam kehidupan
Ada kalanya
kita berpegang tangan
merempuh onak dan duri
dalam belantara ini
merintis jalan kejayaan
Ada waktunya
kita mengukir senyuman
merasai kebahagiaan
menjejaki perjalanan masa
dengan penuh ketenangan
Pun begitu,
dalam keadaan begini
kepastian mula kuragukan
pada hari-hari menjelang
masih tetapkah kau di sini?
Nawi A Rahman
Kanowit
3 September 1992
Labels:
1992,
GB-EMOTIF,
IG-AKTIVITI HIDUP,
IG-ALAM,
N-NASIHAT,
P-NAWI A RAHMAN,
S-4,
T-EMOSI,
T-KEMANUSIAAN,
T-MASA
LAUT KEMANUSIAAN - Lawrence Atot
Di laut kemanusiaan ini
ribut sangsi melanda acapkali
di sinilah berbaur warna berita
ada suka ada duka
ada syurga dan neraka
menemani edaran roda masa.
Sesekali kita menoleh ke belakang
kala sengsara merantai jiwa
sesekali kita lupa tangis bimbang
kala bahagia mencorak impian segala.
Gugur dedaun titis jernih
dari kelopak mata
adalah cerita dua makna
terkadang kuntuman duka maha pedih
terkadang bunga gembira mnaha ceria
mekar mewarnai putaran musim usia
Kalau langkahku kian sumbang
dicemari taufan kecundang
kuakui hanya teman sejati
bisa gerakkan hati jadi kudusuci.
Lawrence Atot
Quop, Kuching
Labels:
1992,
GB-EMOTIF,
IG-ANGIN,
IG-CUACA,
N-INTROSPEKTIF,
P-LAWRENCE ATOT,
S-4,
S-INDENT,
T-EMOSI,
T-KEMANUSIAAN
BALADA IRAMA MEMORI - Lawrence Atot
Sesekali bila diri dirantai sepi
menjadikan aku si pengutip memori
antara daun-dauwn kenangan
yang layu bertaburan
di taman ingatan.
Aku menjadi keliru
bila resah mengundang rindu
pada desiran angin lalu
pada nyanyian cemara
pada siulan camar
sedang laut tak betah bergelora
dan pulau itu masih samar.
Maafkan aku wahai teman
kerana seringkali songsang perjalanan
maafkan aku duhai malam
kalau setia menjadi timbul tenggelam
di antara jendela bintang suram.
Jika siang ku menyulam mimpi
itu tandanya pencarian ku tak mati
kerana aku rindu pada
nyanyian unggas pagi
lambaian hijau rimba
ngalir sunyi sungai insani
kerana kini
keliru ku melata.
Lawrence Atot
Quop, Kuching
Labels:
1993,
GB-NARATIF,
IG-ALAM,
N-MELANKOLIK,
P-LAWRENCE ATOT,
S-4,
T-EMOSI,
T-KESEPIAN
JANGAN - Abizai Abi
jangan patahkan ranting
jika pohon bergoyang
kerana akar yang mengasuh
tak pernah menjalarkan gopoh
ke dalam urat budaya kita
sebaliknya burulah punca angin
yuang mencipta getaran angkara
jangan lemparkan joran
jika umpan tiada mengena
kerana lautan yang menghampar
adalah sarang rezeki tak terpupus
cuma perlu mengukur waktu
saat yang sesuai menurun umpan
jangan sarungkan keris
jika hilang bisa tajamnya
kerana semangat yang diasah
bukan dengan dupa putus asa
tapi kembalilah ke alam pengasah
belajar semula mengumpul tajam
jangan pecahkan atap
jika hujan mencuri masuk
kerana sebagai rumah biasa
kesempurnaan tak munghkin terjelma
tapi carilah bahagian yang rapuh
tempat membiak zuriat kebocoran.
Miri, Sarawak
September 1991
Disiar brisalah Suarasa Putera, Jilid 1 Bilangan 1, Oktober 1991
Labels:
1991,
GB-METAFORA,
GB-NARATIF,
IG-ALAM,
N-NASIHAT,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-EMOSI,
T-PERASAAN,
T-PERGAULAN
Sunday, April 5, 2009
SESEKALI MENJADI TERHORMAT - Hazami Jahari
Sesekali menjadi terhormat
memegang angkuh yang rapuh
kita diuji oleh puji
kita diduga oleh bangga
apa erti rasa besar diri
sekadar warna kelabu
usang dan hilang
dalam diri yang memang
tidak punya apa-apa
Sesekali menjadi terhormat
wajar mengucap syukur
hidup dan perjalanan ini masih kabur
kita tidak perlu takbur
Kita perlu mengukur
jarak nasib dan garis usaha
kerana perjalanan takdir
masih panjang
dan tidak mungkin mungkir.
Hazami Jahari
Labels:
2007,
GB-NARATIF,
IG-PERJALANAN,
IG-WARNA,
N-NASIHAT,
P-HAZAMI JAHARI,
S-4,
T-PERASAAN,
T-SIKAP
PENANGKAP RAMA-RAMA DAN KELAWAR - Abizai Abi
Engkau menangkap rama-rama
dan memasukkannya ke dalam botol
di dalam botol
rama-rama terus bernyawa
membina taman dengan warna
menumbuhkan ceria di kelopak bunga
aku yang melihatnya
tiba-tiba dihembus angin ria
yang menggetarkan daun rasa
engkau menangkap kelawar
dan memasukkannya ke dalam sangkar
di negeri sangkar
kelawar tetap bernafas
mempamerkan isi gua
yang pekat dengan kegelapan
aku yang menyaksikan
mendadak ditawan dinding sepi
yang tidak bertepi.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri, Sarawak
Jun 2003
(Antologi Puisi dan Cerpen 25 Tahun PUTERA)
Labels:
2005,
GB-NARATIF,
IG-KELAWAR,
IG-RAMA-RAMA,
N-KEINSAFAN,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-ALAMSEKITAR,
T-KEBEBASAN
WAJAH KENANGAN - Jaafar Haji Hamdan
Menyapa wajah kenangan
yang tertinggal di lubuk waktu
adalah rakaman rindu
ketika melalui jalur rasa
dengan suasana berbeza
dan ia begitu mengasingkan
makna keasyikan
yang dahulunya tercatat
satu keindahan murni
Menatap wajah kenangan
yang pernah mengukir cinta
adalah gamitan kasih
dengan seribu pertanyaan
tentang senyum yang hilang
di kaki tangga usang
dan sesekali merubah nada
lagu-lagu kenangan itu
Merenung kembali wajah kenangan
sebenarnya cukup menyedarkan
tentang nafas-nafas ini
adalah lingkaran rasa
yang semakin tertinggal
mengisi penentuan
antara kini dan masa depan
Wajah kenangan bukan sejarah silam
tetapi kisah bagi anak cucu di masa lapang.
Jaafar Haji Hamdan
12 Disember 2002
Labels:
2003,
GB-SIMBOL,
IG-METAFORA ALAM,
N-KEINSAFAN,
P-JAAFAR HAMDAN,
S-4,
T-EMOSI,
T-KENANGAN
JALAN PANJANG KE KAMPUNG I - Hipani Alwi
Seseorang yang diseksa akan selalu
memikirkan kerunsingan. Bukan diri
bukan payah bukan tangis bukan anak
dan bukan diri sendiri
lebih besar runsingnya terpenjara
ia ingin membebaskan kemiskinan
di kampung-kampung. Bukan caranya
anak Melayu membaca fitrah
ribut ini datang dari dalam diri
bukan runsing yang terpenjara
Seseorang yang diseksa akan selalu
bertanyakan kepada suaranya
kerana jeritan ini adalah kerunsingan
suaranya yang tidak kedengaran
kita bisa membaca kesedihan
di dada anak-anak kampung
dia pernah memberi rumah
kepada setiap warga yang parah
Sebenamya jalan ini terlalu panjang
untuk sampai ke kampung I
runsing yang dipikul sekian lama
masih juga tidak berdarah
masih juga tidak kalah
runsing yang diributkan
tidak juga pecah berkecai
walaupun lewat dendam bertaburan
walaupun lewat ratap berpergian
sebenarnya jalan ini terlalu panjang
untuk sampai menemui kebenaran
Seseorang yang diseksa akan selalu
memikirkan kepulangannya. Bukan kepada anak bukan kepada isteri
bukan kepada keluarga dan bukan ke kampung halaman
tetapi ke dalam masyarakat
masyarakat yang memberinya cinta
memberinya kasih dan sayang
ia akan memikirkan bagaimana
membangunkan masyarakat ini
masyarakat petani
Hipani Alwi
Labels:
2002,
GB-SIMBOL,
IG-JALAN,
IG-RUMAH,
N-KEINSAFAN,
P-HIPANI ALWI,
S-4,
T-KAMPUNG,
T-PEMBANGUNAN
BIAR MATI SERIBU TAHUN, AKU PASTI BANGKIT SEMULA - Suhai Ragas
segala sempadan telah kurempuh
isi dunia bersepai kurobek
darah kulumur ke puncak berontak
nanah kutabur ke lembah parah
ketika kubunuh denyut waktu
kuhidupkan juga nadi sejarah
tak kupedulikan duri derita
atau bertandangnya si air mata
kerana seluruh alam yang kutawan
adalah aku bersilih wajah
tatkala aku mencakar langit
kakiku berpijak di bumi dusta
aku jugalah akar penawar
daripada benih maya pesada
taufan seganas resah
kerap kugenggam kurenyuk
demikian api seribu warna kupadam
kutelan
getar rindu pada utopia semakin
mengasyikkan
hingga aku terhidu mimpi yang hilang
lalu dijemput dentuman kebenaran
dan aku pun bermaharajalela memercik kuasa
Suhai Ragas
Sanctuary 2001
Labels:
2001,
GB-METAFORA,
IG-SURREALISTIK,
N-INTROSPEKTIF,
P-SUHAI RAGAS,
S-4,
T-EMOSI,
T-MISTIK
PULANG KE KAMPUNG SILAM - Abizai Abi
Kadang-kadang
ingin aku pulang
ke kampung silam
dengan akal sekarang
dan pengalaman matang
menebus segala hutang
di kampung silam
akulah si anak remaja
yang berpengalaman muda
yang berpengetahuan kelam
di kampung silam
banyak lumpur silap
yang kupijak
melekat menjadi sesalan
banyak denai keliru
yang kuturuti
sehingga kehilangan jejak
tapi aku sedar
aku tak mungkin pulang
dengan akal sekarang
dan pengalaman matang
merobah wajah sejarah
kerana kampung silam
kekal di daerah kenangan
menjadi sempadan.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri, Sarawak
Januari 1999
Labels:
2000,
GB-METAFORA,
N-MELANKOLIK,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-PENGALAMAN,
T-SEJARAH
MENJADI KAPAL - Dahiri Saini
Menjadi kapal
harus mengenal kelokan angin
pecahan ombak
serta tekun menterjemah kenakalan laut
kerana dasarnya getar rahsia
yang belum terungkap segalanya.
Menjadi kapal
arah tujuan mesti dalam diri
serta tabah pada olengan yang memabukkan
kadangkala menjadi mimpi ngeri
kala sirip ikan yu sering mengekori
menghidu kelalaian diri.
Menjadi kapal
harus merambihi setiap pelabuhan
serta peka pada layahan dan junaman
burung-burung laut itu
kerana penjelmaannya
rentak alam yang perlu dipelajari.
Menjadi kapal
belayarlah persefahaman dengan laut
musim-musim seterusnya.
Dahiri Saini
UNIMAS
Labels:
1999,
GB-SIMBOL,
IG-KAPAL,
IG-LAUT,
IG-PELABUHAN,
N-RELIGUS,
P-DAHIRI SAINI,
S-4,
T-KEHIDUPAN
MENITI KEIMANAN INI - Latiffah Haji Morshidi
Dalam meniti kehidupan
nun di hadapan
aku terbelenggu dalam kedaifan
dalam meniti keimanan
yang terlalu kerdil dalam perjuangan
Meniti keimanan ini
tidak ada yan lebih bermakna,
kecuali memuji-Nya
kecuali memuja-Nya
teruskan bertahan
meski ribut dan taufan
sentiasa di depan
namun yang pasti Dia ialah Tuhan.
Meniti keimanan ini
rebutlah segalanya
sementara rahang alam masih terbuka
ketika fajar usia masih membuka mata
ketika mentari masih menyapa
ingatlah Dia maha kaya
meniti keimanan ini
biarlah pulang berbekal
sebelum mulut mengucap kesal
sebelum kantung amal
menjadi mengkal
sebelum rahang maut
sudah berpangkal
sebelum Munkar dan Nakir menyoal
istilah diri agar pulangmu penuh
bererti.
Latiffah Haji Morshidi
Labels:
1998,
GB-SIMBOL,
IG-MALAIKAUTUL MAUT,
IG-MAUT,
IG-RIBUT,
IG-TITIAN,
N-RELIGUS,
P-LATIFFAH HAJI MORSHIDI,
S-4,
T-KEIMANAN
Saturday, April 4, 2009
SI PEMBAWA OBOR - Taufiq Firdausi
sentiasa khuatir melihat kelam esok
kalau tiada lampu suluh
bawalah obor buluh
mendaki puncak
perkayakan hidup dengan pengalaman
di sebalik cabaran kita bina rantai tabah
di penjuru onak duga kita rintis semangat
pancaran dari bening obor luhur
perjuangan sentiasa nyaring berkumandang
kasihkan kekasih geloranya memuncak di kala muda
kasihkan watan bekasnya sepanjang zaman
bahang obor menerjah Jiang sejarah
menerobos belukar tamadun
lekat di tugu hati bangsa
menjadi khazanah
jika obor bangsa terpadam kelak
jangan salahkan bayan budiman
lagu mersiye lagu sabak
tak berguna lagi
Mohd Taufek Mohd Said
Limbang
September 1996
Labels:
1997,
GB-SIMBOL,
IG-CAHAYA,
IG-LAGU,
N-KEINSAFAN,
P-TAUFIQ FIRDAUSI,
S-4,
T-EMOSI,
T-KEHIDUPAN
Thursday, April 2, 2009
MENEBUS SEJARAH BANGSA - Abizai Abi
Kerana ribut dengki
yang menggila sesama kita
maka terciptalah riak fitnah dan ombak gelodak
dan pantai siapa yang terluka akhirnya
kalau bukan pantai bangsa sendiri juga
Sejarah telah beberapa kali
mengingatkan igauan purba itu
tapi masih juga kita membutakan
matafikir
enggan melihat matahari cerah
malah mengagungkan awan hitam
yang bakal membawa hujan petaka
kita masih juga memekakkan
telingasukma
enggan menghayati irama seruling
damai
tapi memuja gempita gendang
persengketaan
Cukuplah sudah
kita kehilangan wajah
feringgi membedil selat
melaka kepupusan mahkota
temasik dilanggar todak
hang nadim menggigit jari
Kini kita harus bangkit
bebas dari gari budaya kaca terhempas
menyambung ribuan serpihan
dengan darah dan keringat
agar kembali menjadi bulat
bersatu menebus sejarah bangsa
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri
Oktober 1990
Labels:
1996,
GB-METAFORA,
IG-FERINGGI,
IG-MAHKOTA,
IG-MELAKA,
IG-TODAK,
N-DIDAKTIK,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-FITNAH,
T-PATRIOTIK,
T-SEJARAH,
T-SIKAP
Wednesday, April 1, 2009
MALAM TUA - Lawrence Atot
Malam tua
Penunggu setia
Aku kini kembali
Mencari erti diri
Terasa sudah lama
Aku tidak menemanimu
Menghitung angin masa
Mendengar nyanyian cengkerik sayu
Hanya sesekali
Diri ini mula sedar
Dari mimpi ngeri
Dari harapan yang terbakar
Ajarlah aku lagi
Tentang manusia
Dan kemanusiaan
Tentang setia
Dan perjuangan
Kerana impianku
Kian ranum
Mengiringi semangatku
Yang semakin subur menguntum
Seperti suatu ketika dahulu
Lawrence Atot
Kuching
Labels:
1996,
IG-ALAM,
IG-MALAM,
N-KEINSAFAN,
P-LAWRENCE ATOT,
S-4,
T-KEHIDUPAN,
T-PERJUANGAN
LORONG KASIH - Kelana Akira
Meniti hayat siratulmustakim
terpendam dalam carian diri
jasad derita bertongkat takwa
menugal akal, membaja iman
Masalah bersafkan uji
belum berlalu ujian lama
dugaan baru bertandang
berselang seli
Bila dirempuh iradat
nikmat perit melewati
madu-nya
Umpama dosa setiap detik
adalah tipu dan daya dunia
Suatu kenikmatan sementara
adalah ujian iman manusia
Terbentuk ainal-yakin
semakin bertambah ilmu,
semakin berliku rahsia-nya
Dari ketundukanku
kita hanyalah
mentafsir dunia warga akhirat
Labels:
1995,
GB-METAFORA,
N-RELIGUS,
P-KELANA AKIRA,
S-4,
S-INDENT,
T-AGAMA
GERABAK USIA - Akab
sebetulnya kita adalah
penumpang
di gerabak usia mengisi hayat
tahun yang bertukar
memindahkan kita
ke sebuah gerabak lain
menempah zaman asing
landasan perjalanan ini
menuju destinasi
gerabak yang kita tumpangi
melanggar ruang ribut
dan dinding keras
sesekali terdampar isi
peribadi berserak sepanjang
rel kehidupan
lalu ia mencorak pengalaman
terpaksa kita kutip kekuatan
menahan hentakan kejahilan
dan goncangan pendirian
selagi gerabak usia meluncur
masih ada stesen idaman
kita sempat memijak
lantai perhentian
kemudian merebut kilauan
kaca tanpa kita sedar
bersama yang kita bawa
adalah selonggok batu
dan besi karat penuh noda
sejauh manakah harus
kita lanjutkan
gerabak usia ini
sedang telah kita tempah
tiket kematian paling pasti.
Abang Kassim Abang Bujang
AKAB
Sri Aman
Labels:
1995,
GB-METAFORA,
IG-KERETA API,
N-DIDAKTIK,
P-AKAB,
S-4,
T-KEHIDUPAN
BELAJARLAH - Abizai Abi
Kau masih menetap di negara angkuh
membina istana keagungan watak sendiri
yang kauanggap serba kebal dan ampuh
tak lut ditikam senjata tajak kesilapan
suaramu sentiasa ringan
mengangkat diri setinggi awan
mengusir desir nasihat para sahabat
yang berniat melihat tubuh sifatmu sihat
kau ternyata terlalu lara
jatuh cinta pada bayangan diri
kulat penyakit yang cepat melarat
tumbuh menutupi mata penilaian tepat
belajarlah
membuka jendela kerendahan jiwa
tahan menerima terjahan angin kelemahan diri
sesekali mengaku basah tersimbah hujan salah
tak bererti jatuhnya sudah buah maruah
tak bermakna lemas dihempas ombak kalah.
Zainal Abidin Haji Suhaili
Miri
November 1995
Labels:
1995,
GB-METAFORA,
IG-ALAM,
N-DIDAKTIK,
P-ABIZAI ABI,
S-4,
T-PEKERTI
MAKNA DARI KEPEKATAN MALAM-MU - Bolhi Narani
malam yang tua itu
telah aku datangi
untuk meraba sertibu makna
yang belum pasti
terungkap nyata
dan betapa malam yang tua ini
kulihat kepekatannya-Mu adalah warna abadi
yang sedia terlukis
mewarnai Maya-Mu yang agung
lantas aku hanyut
pada lautan pertanyaan yang bergelora
mengapa bulan harus malu pada
kehadiranku
mengapa bintang-bintang menyanyikan
lagu kelipannya
mengapa angin menghembus lembuT
kedinginannya
mengapa deraian embun membasuh bumi
dan di sini (dalam kepekatan-Mu)
berlikau sebutir sinar atma-Mu
menerangi kegelapan kemelutanku
kerana aku pun tahu
kekuasaan-Mu
dan biarlah aku lari
dari penjara kelemut ini
MPS, Miri
Subscribe to:
Posts (Atom)
