Ada ketikanya
kita bersama di sini
mengharungi arus dan gelombang
mencari erti dalam kehidupan
Ada kalanya
kita berpegang tangan
merempuh onak dan duri
dalam belantara ini
merintis jalan kejayaan
Ada waktunya
kita mengukir senyuman
merasai kebahagiaan
menjejaki perjalanan masa
dengan penuh ketenangan
Pun begitu,
dalam keadaan begini
kepastian mula kuragukan
pada hari-hari menjelang
masih tetapkah kau di sini?
Nawi A Rahman
Kanowit
3 September 1992
Dingin malam sepi mencengkamdanau hati berkocak sunyi
berbaur ilusi ke muara mimpi.
Menatap arca hidup ini terasa betapa kerdilnya diri meniti usia di kaki hari,
sedangkan roda-roda waktu
berputar kian laju
tanpa lesu-lesu
mengiringi jalan berliku
yang penuh debu.
Kukutip bicara malamantara kerdipan bintang suram barangkali ada ketikanya
sang hujan kan menyapa
panah-panah arjuna
meranap harapan segala
rama dan sita
namun perjuangan tetap bermukim berbunga di setiap musim.Lawrence AtotQuop, Kuching
Di laut kemanusiaan iniribut sangsi melanda acapkalidi sinilah berbaur warna berita ada suka ada duka ada syurga dan nerakamenemani edaran roda masa.Sesekali kita menoleh ke belakangkala sengsara merantai jiwasesekali kita lupa tangis bimbangkala bahagia mencorak impian segala.Gugur dedaun titis jernihdari kelopak mataadalah cerita dua makna terkadang kuntuman duka maha pedih terkadang bunga gembira mnaha ceriamekar mewarnai putaran musim usiaKalau langkahku kian sumbangdicemari taufan kecundangkuakui hanya teman sejatibisa gerakkan hati jadi kudusuci.Lawrence AtotQuop, Kuching
Sesekali bila diri dirantai sepi menjadikan aku si pengutip memori antara daun-dauwn kenangan
yang layu bertaburan
di taman ingatan.
Aku menjadi keliru
bila resah mengundang rindu
pada desiran angin lalu
pada nyanyian cemara
pada siulan camar
sedang laut tak betah bergelora
dan pulau itu masih samar.
Maafkan aku wahai teman
kerana seringkali songsang perjalanan
maafkan aku duhai malam
kalau setia menjadi timbul tenggelam
di antara jendela bintang suram.
Jika siang ku menyulam mimpi
itu tandanya pencarian ku tak mati
kerana aku rindu pada
nyanyian unggas pagilambaian hijau rimba ngalir sunyi sungai insanikerana kinikeliru ku melata.Lawrence AtotQuop, Kuching
jangan patahkan ranting
jika pohon bergoyang
kerana akar yang mengasuh
tak pernah menjalarkan gopoh
ke dalam urat budaya kita
sebaliknya burulah punca angin
yuang mencipta getaran angkara
jangan lemparkan joran
jika umpan tiada mengena
kerana lautan yang menghampar
adalah sarang rezeki tak terpupus
cuma perlu mengukur waktu
saat yang sesuai menurun umpan
jangan sarungkan keris
jika hilang bisa tajamnya
kerana semangat yang diasah
bukan dengan dupa putus asa
tapi kembalilah ke alam pengasah
belajar semula mengumpul tajam
jangan pecahkan atap
jika hujan mencuri masuk
kerana sebagai rumah biasa
kesempurnaan tak munghkin terjelma
tapi carilah bahagian yang rapuh
tempat membiak zuriat kebocoran.
Miri, Sarawak
September 1991
Disiar brisalah Suarasa Putera, Jilid 1 Bilangan 1, Oktober 1991
usia menampal kering daun melekukkan pipinya
yang dilara kuning tahun.
pagi mengheret hablur sejuk
hawa cahaya subuh
melintas kerut dahi
dengan hujung jarinya tipis berpalit getah bawang dan hitam mata pisau ketika dia berdiri khayal
membelakang siang di pintu dapur.mukanya beralun bingung terasing oleh deru hidup
dengan runcing siku dia menurun tingkap,
diapung malap lampu mentol suaranya berdesing ke hati bengkok di mata
melayang kerlip mimpi pada keping cermin
tapi tapak kakinya halus di halaman rumah.
ceritanya berpasir garam
bau basah buih sabun melumur lantai dan kain yang dilambung ampaian,
tua perasaannya
di batik tenang angin celah bungs belimbing.
sungai surut pasang
pucuk nipah meliukkan mendung hari
matahari menyala lemah gelombang tembakul di selut tebing senget pedada luruhdan slam menghampiri rantingnya. dia terpaku meramas buluh pagar rambutnya melayang dari simpulan seperti mengembangkan gemuruh dada, payung menitik batu hujan
renda gaunnya berdesiran manik, mungkinkah dia bermimpi lagi?
betapa putih telapak tangannya menyorong pagi kepada kami wujud seperti pohon sandar dengan melilit reben di tengkuk dialah perempuan dikalungkan kaca miring berbaring dihanyutkan malam di sisi katil cekung merenung bayang hati di cermin
kelat dan keruh melapis hidupnya
sementara kami
terhampar lena atas hijau baldu.Roslan Jomel
kekasih
nama-Mu dalam diriku wujudnya aku kerana-Mu
terima kasih kekasih ...
rahmat-Mu penyambung nyawa kusambut salju pagi
maal hijrah 1425
menghampiri akar usiaku
menjangkau dan meninjau
di gerbang petang yang tenang
dalam syandu nan terharu kutadah lautan doa
menyebut memuji 99 nama-Mu nan suci
andainya dosa menyelimuti diri engkau ampunilah daku
dengan zat-Mu yang Maha Pengampun
maal hijrah yang berkat
kehadiranmu kusambut mesra dengan harapan dan keinsafan bersama sumpah dan taubat
kekasihku tersayang
hapuskanlah duka nestapa semalam jangan biarkan putera puteri
dahaga lapar
perutnya kosong
alir fikirnya kontang
jangan biarkan para isteri
menanak batu di dalam
tempurungmenjerang air di dalam tin karat jangan biarkan ayah bonda berendam air mata
di rumah pengasih
menagih kasih yang tersisih
wahai kekasih ...
percayalah cintaku
pada-Mu dicurahkan segala biarpun sesekali alpa
kabur mata diulit ringgit buta hati dibuai kuasa
tuli telinga dibisik dunia
kekasihku penyambung nyawa puji-pujian hanya untuk-Mu sejahterakanlah
bangsaku, agamaku dan Malaysiaku untuk mengharungi hijrah fitrah ini
gemilang dalam cemerlang untuk selama-lamanya ...
Jemat bin GaniSadong Jaya 230204
Pabila bara nurani terpadam
seakan kita menggali kuburan
sambil sukma bersorak ria
membajaki nisan di permakanan sendiri demikian
asyik meladeni sunyi suara batin
dalam dendang syandu
mentalkinkan wafat diri
sedang
di pinggir lahad
sahabat merelakan karibnya pergi untuk tidak pulang-pulang
sementara di Taman
wangi setanggi tikam-menikam dan tetes-tetes hujan
berangkat siap pulang ke langit sambil
mengucap salam pamitan
buat aspal jalan
yang masih terlonta-lonta
minta dibasahi.
Abdillah Untong Kuching.
17/l/2003
Menyapa wajah kenangan yang tertinggal di lubuk waktu
adalah rakaman rindu ketika melalui jalur rasa dengan suasana berbeza dan ia begitu mengasingkan makna keasyikan
yang dahulunya tercatat satu keindahan murni
Menatap wajah kenangan yang pernah mengukir cinta adalah gamitan kasih
dengan seribu pertanyaan tentang senyum yang hilang di kaki tangga usang
dan sesekali merubah nada lagu-lagu kenangan itu
Merenung kembali wajah kenangan sebenarnya cukup menyedarkan tentang nafas-nafas ini
adalah lingkaran rasa
yang semakin tertinggal
mengisi penentuan
antara kini dan masa depan
Wajah kenangan bukan sejarah silam tetapi kisah bagi anak cucu di masa lapang.Jaafar Haji Hamdan 12 Disember 2002
(buat S.M.)Yang mereka nampak
hanyalah tompokan-tompokan nanah yang melekat di kulit perlakuanmu
yang mereka lihat
hanyalah lalat-lalat jijik
yang mengharungi tubuh tingkahmu
aku tak mampu menyediakan pohon rendang tempat kau berteduh dari pangs terik penghinaan kerana setiap patah hujahku
hanyalah sebilah keris tumpul
yang tak terdaya menembusi kebalnya prasangka kerana mereka cumalah berbekalkan mata zahir untuk mengutuskan isyarat ke pusat fakir
dan melakarkan potret tafsir
dengan bulatan logika dan garisan alasan yang sempit dan bersempadan
katamu
tidak ramai yang akan dapat melihat
dasar yang tersembunyi di sebalik cermin
kerana selalu tertipu dan setia percaya
dengan permukaan yang dikembalikan oleh cermin
dan katamu lagi
biarkanlah keadaan terns begitu kerana itu yang kau mahu
di atas kemahuan-Nya
Zainal Abidin Haji Suhaili Piasau Jaya, Miri
Januari 2001
segala sempadan telah kurempuh isi dunia bersepai kurobek
darah kulumur ke puncak berontak nanah kutabur ke lembah parah
ketika kubunuh denyut waktu
kuhidupkan juga nadi sejarah
tak kupedulikan duri derita
atau bertandangnya si air mata
kerana seluruh alam yang kutawan
adalah aku bersilih wajah
tatkala aku mencakar langit
kakiku berpijak di bumi dusta
aku jugalah akar penawar
daripada benih maya pesada
taufan seganas resah
kerap kugenggam kurenyuk
demikian api seribu warna kupadam
kutelan
getar rindu pada utopia semakin
mengasyikkan
hingga aku terhidu mimpi yang hilang
lalu dijemput dentuman kebenaran
dan aku pun bermaharajalela memercik kuasa
Suhai Ragas
Sanctuary 2001
Sebenarnya belum lama kita menganyam kata-kata tentang erti sebuah persahabatan
tentang erti sebuah keakraban
pada sebuah pertemuan
tapi aku menjadi terlalu memendam rasa
betapa perkenalan muda tertancap erat ke jantung lalu menjalarkan bunga puisi bertangkaikan rindu bergayutan di dahan rasa halus yang sukar dimengerti
Dalam diam lahir segumpal rasa
berbibit di lubuk hati
berdetik minta dibelai – mesra
berdenyut minta didakap – manja
yang telah lama ketandusan wirama dinta
Pun begitu bukan kutagih irama kasih darimu yan barn tahu erti mahalnya rindu kerana hak menawar di tangan kananmu dan hak membeli di tangan dirimu
aku juga bukan sesat dalam diri
kerana nalarku malar menjalar
ketika menyelisir sungai impian ini
kerana selamanya kusedar ada jeram yang sedia menanti
kerana selamanya kusedar ada liku
yang perlu dilalui
dan aku pastinya tak mampu mendustai diri.
Namun di antara impian ini
ada jarak yang sukar dirapatada lautan luas pemisah antaranya kerana aku di tanjung rancang kau di pulau berbalamPiee Ling
sentiasa khuatir melihat kelam esok kalau tiada lampu suluh
bawalah obor buluh
mendaki puncak
perkayakan hidup dengan pengalaman di sebalik cabaran kita bina rantai tabah di penjuru onak duga kita rintis semangat pancaran dari bening obor luhur
perjuangan sentiasa nyaring berkumandang
kasihkan kekasih geloranya memuncak di kala muda kasihkan watan bekasnya sepanjang zaman
bahang obor menerjah Jiang sejarah
menerobos belukar tamadun
lekat di tugu hati bangsa
menjadi khazanah
jika obor bangsa terpadam kelak jangan salahkan bayan budiman lagu mersiye lagu sabak
tak berguna lagiMohd Taufek Mohd SaidLimbangSeptember 1996
Saban hari
kita mengutip bingaki kenangan yang ditinggalkan
bersama rindu kasih
dan serpihan kepahitan
berselerakan di daerah keinsafan
Saban hari
kita termangu, resah dan ceria menghadapi mimpi yang realiti
ada kalanya bukan yang diangankan di sepanjang jalanan semalam mungkin jua
kecundang menyapa tanpa bisikan namun kita terpaksa dan rela menyusun ratusan warna pengalaman hari ini
menjadi kuntuman semangat dan kekuatan diri
Kita menanti esok tiba indah atau tidak
adalah milik kita
mencorak kehidupan
untuk hari-hari seterusnya.Kiprawi Sani
Mengapa harus memilih wajah garang peperangan? sedangkan meja rundingan masih terbentang panjang
tempat mencari punca nanah sengketa
merapatkan jauh jarak pendapat menjejek tapak tolak ansur menyembuhkan demam kesumat dendam
emas kehormatan
tak akan hilang kilauannya jika memilih untuk berlembut dan berlembut
tak bererti terpaksa
mengunyah buah kalahjantung yang berdegup terlalu berharga
untuk digadai di hujung senjata
hujan merah
jangan dibiarkan bermusim lebat
kolam persahabatan jangan dibiarkan tercemar
oleh kuman permusuhan
payung kasih sayang wajar dikembang
lambang kemanusiaan setiap manusia
mengapa harus memilih wajah garang peperangan? sedangkan dawai damai
masih boleh terus memagar
kesejahteraan dunia
selamat daripada ancaman ngeri
neraka malapetaka
ciptaan khianat nafsu manusia.Zainal Abidin Hj. Suhaili Miri,
Mei 1995