Sunday, April 5, 2009

AIR MATA - Latifah Haji Mohamad Sabli


air mata seorang ibu
yang tertakung di penjuru kalbu

adalah butir-butir rahsia pilu
yang sedih merantai pedih.

seorang ibu tidak akan menitis air mata
kerana antara daging darah dan nafas
terkunci cekalnya kerelaan
jika hatinya tidak sungguh tersentuh.

hanya Allah yang tabu kejadian
bagaimana mulanya air mata tertakung
yang terhakis dari sisa-sisa rasa sedih
terkumpul dari sekian banyak peristiwa
berteduh di kolam mata, kemudian
terlerai butir-butir mutiara
dari ikatanjurai-jurai lara
melepas rasa melerai derita
yang rahsianya air mata.



Latifah Haji Mohammad Sabli
RTM Kuching.

No comments:

Post a Comment