Showing posts with label T-MISTIK. Show all posts
Showing posts with label T-MISTIK. Show all posts
Monday, April 6, 2009
TIKA LALU DI SEBATANG JALAN - Matzidi Dris
sewaktu lalu di sebatang jalan
kutemui hujungnya bersimpang tiga
jalan ke rumah
jalan ke masjid
jalan ke pusara
sebelum jalan jalan itu
kukenali satu titian ranjau
kaca-kaca paku-paku
akan rela kupijak
untuk tiba
ke perhentian hayat kudratku
Matzidi Dris
Tanah Perkuburan Bahagian, Kuching
Media: The People's Mirror, 7 April 1991
Sunday, April 5, 2009
BIAR MATI SERIBU TAHUN, AKU PASTI BANGKIT SEMULA - Suhai Ragas
segala sempadan telah kurempuh
isi dunia bersepai kurobek
darah kulumur ke puncak berontak
nanah kutabur ke lembah parah
ketika kubunuh denyut waktu
kuhidupkan juga nadi sejarah
tak kupedulikan duri derita
atau bertandangnya si air mata
kerana seluruh alam yang kutawan
adalah aku bersilih wajah
tatkala aku mencakar langit
kakiku berpijak di bumi dusta
aku jugalah akar penawar
daripada benih maya pesada
taufan seganas resah
kerap kugenggam kurenyuk
demikian api seribu warna kupadam
kutelan
getar rindu pada utopia semakin
mengasyikkan
hingga aku terhidu mimpi yang hilang
lalu dijemput dentuman kebenaran
dan aku pun bermaharajalela memercik kuasa
Suhai Ragas
Sanctuary 2001
Labels:
2001,
GB-METAFORA,
IG-SURREALISTIK,
N-INTROSPEKTIF,
P-SUHAI RAGAS,
S-4,
T-EMOSI,
T-MISTIK
Subscribe to:
Posts (Atom)
